SINOPSIS MEMOIR PEMIMPI MATI

Asalnya Hariz seperti lelaki normal lain, mencari pengisi kekosongan dalam hati. Di kampus, atas nama takdir dia berkenalan dengan Tiara, cinta pandang pertamanya.

Tapi rupanya wasiat mengatur hidupnya. Menjadi bait-bait pahit yang cuba merubah segalanya dari perancangan hidup yang biasa. Dan wasiat itu juga, menybebabkan dia tersepit di antara sahabat, keluarga dan prinsip.

Dendam. Hormat. Cinta. Puja.

Wednesday, July 27, 2011

BAB 9

"If I have to choose between loving you, and breathing.
I would use my last breath to say I LOVE YOU"
Dani b.

Tiara keluar dari perut bas dengan tergesa-gesa. Tanpa buang masa, dia terus menuju ke bilik kuliah. Sempat dia kerling pada jam tangan. Lagi 5 minit sebelum pukul 10. Lega, masih ada masa. Jarang dia lewat sebenarnya. Tapi pagi tadi dia bangun lambat. Semalam sibuk siapkan assignment dan tutorial. Nota Oriented Programming pun belum sempat diselaknya. Harap Sir Fauzi tak soal pelik-pelik nanti.

Ni semua angkara date semalam. Hatinya mula girang sedikit, terlupa soal lambat ke kelas. Pada mulanya dia ingat sekadar nak lepak sekejap. Mana tahu bila lihat Hariz gebang, dunia seolah terhenti. Perihal dunia seolah berkisar mengenai mereka semata. Hatinya macam berbunga kegembiraan. Denai-denai semarak marabahaya dalam jiwa serta merta merekah lalu hilang ke angkasa. Jiwa gembira, seolah perasaan derita itu tak pernah wujud menguasai dirinya.

Tak banyak topik mereka gebang sebenarnya, mungkin sebab Hariz tak mahu gopoh sangat. Tapi dia selesa dengan Hariz. Daripada gaya Hariz bercakap sampailah kepada cara dia berinteraksi. Tiara perasan, ada gelojak pelik yang berkecimpung dalam hati. Perlahan-lahan perasaan itu minta untuk dibelai dan dihayati. Perasaan yang bisa buat dirinya sentiasa berseri walaupun sendiri. Tapi Tiara pendam dulu perasaan pelik itu dalam hati. Dia tak mahu ambil tahu dulu, masih awal lagi. Biarlah dulu seri ini. Padahal kalau boleh dia ingin belai dan semai tak berbelah bagi.

Tiara sengih seorang diri.

Sampai di hadapan pintu bilik kuliah, dia berhenti. Telinganya didekatkan pada pintu. Sepi. Bagus, tiada suara. Perlahan-lahan pintu dikuak, Sir Fauzi belum masuk. Lega. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia melangkah masuk. Sya, Jue dan Reira dah pun sampai.

“Good morning class.” Tiba-tiba Sir Fauzi masuk.

Aiseh. Cepat pulak dia masuk. Desis  Tiara. Cepat-cepat dia mengambil tempat duduk.

....

Tepat pukul 12, Sir Fauzi menghentikan syarahannya. Tiara mula mengemas failnya.

“Tiara, amacam?” Tiara berpaling, berpinar mata Sya disebelahnya.

“Macamana apa?” Tiara buat-buat tak faham. Malas dia hendak bercerita sebenarnya, tapi dia tahu, dia kena cerita juga pada sahabatnya tiga orang tu. Atau paling tidak pun pada Sya.

“Hee, mengada la kau ni. Cepat la. Macamana date kelmarin?”

“Hehe, biasa-biasa je. Hariz tu ok lah orangnya. Baik.” Tiara membalas tanpa riak muka teruja, padahal kalau boleh banyak lagi yang ingin dipuji.

Sya tersenyum. Heh. Dia memanggil Jue dah Riera. “Kawan kita ni, dah ada calon laa.”

“Ya ke? Budak semalam tu?” Riera datang dengan fail ditangan beserta beg sandang. Bersiap untuk pulang.

“Shhhh...” Tiara meletakkan jarinya di mulut. Dia kerling ke hadapan kelas. Sya, Riera dan Jue berpaling. Oh. Ridwan masih di dalam kelas.

“Korang ni, memandai je buat andaian. Tak ada apa-apa lagi laa.” Tiara perlahankan suaranya.
“Ala, mula-mula biasa lah. Nanti, haa...” Jue mengusik. Masing-masing tersengih.

“Eh Tiara, kau nak tumpang aku tak? Kereta aku kosong satu seat. Fairuz balik lambat.” Soal Sya. Kebetulan keretanya kosong. Selalunya penuh.

“Hurm, tak apalah. Aku ada kerja sikit.” Tiara cuba mengelak. Kalau budak bertiga tu tahu nanti, mampus dia hendak menjawab.

Bukan sengaja dirahsiakan, tapi biarlah perkara ini ada hitam putih dahulu. Kalau segalanya tersekat di tengah, dirinya juga yang malu. Dikatakan terhegeh. Cerita itu, cerita ini, bukannya senang hendak ditepis. Dia boleh agak masa depan yang pincang. Jadi, biarlah cerita ini ditulis sendiri olehnya. Biarlah hanya dia pelakon, pencerita dan pembaca.


“Ok lah, kalau macam tu kitorang balik dulu la.” Perlahan-lahan Sya, Riera dan Jue melangkah keluar dari kelas.

.....

Tiara kerling jam. 12.16. Lagi 4 minit. Lif belum tiba.

 Tiba-tiba kepalanya berdenyut. Aduh. Kesakitan menerjah seluruh kepala. Urat terasa seperti ditarik-tarik. Beg sandang dihempaskan ke lantai. Mata melilau cari kerusi. Jumpa. Sekarang punggung pula dihempaskan di atas kerusi. Tangan cuba mengurut lembut ubun kepalanya. Pedih terasai bagai dunia dihempas-hempas.

Selang beberapa minit, kesakitan mula pudar. Nafas ditarik perlahan-lahan. Lega. Migrain lagi.
Lif terbuka, Tiara melangkah masuk.

Kereta saga biru sudah menanti di hadapan fakulti saat Tiara keluar dari perut lif. Baju dibetulkan. Harap tidak berkedut, harap make-up tidak tebal, harap rambut terjuntai cantik seperti biasa. Harap semuanya baik-baik sahaja. Biarlah dia jadi wanita paling cantik di dunia pada hari itu. Kalau bukan di dunia sekalipun, biarlah dia menawan pada mata Hariz. Biar Hariz reguk liur berjuta-juta kali saat lihat wajahnya ciptaan Tuhan yang tidak terbilang. Biar Hariz terasa terancam, jika wajah itu dimiliki insan selainnya. Biar dia tahu, dirinya untung beribu kerana memilihnya.

“Hai awak, sori lambat.” Ujar Tiara saat melangkah masuk ke dalam kereta.

“Tak apa, saya baru sampai ni. Lunch jom?” Soal Hariz.

“Orait, my treat chop!” Cepat-cepat Tiara bersuara. Tak sedap juga kalau asyik Hariz yang keluarkan duit. Nanti kalau jadi apa-apa, dia paling tak suka kalau isu duit dibangkitkan.

Hariz sekadar tersenyum. Awek belanja, siapa tak suka? Heh.

No comments:

Post a Comment