SINOPSIS MEMOIR PEMIMPI MATI

Asalnya Hariz seperti lelaki normal lain, mencari pengisi kekosongan dalam hati. Di kampus, atas nama takdir dia berkenalan dengan Tiara, cinta pandang pertamanya.

Tapi rupanya wasiat mengatur hidupnya. Menjadi bait-bait pahit yang cuba merubah segalanya dari perancangan hidup yang biasa. Dan wasiat itu juga, menybebabkan dia tersepit di antara sahabat, keluarga dan prinsip.

Dendam. Hormat. Cinta. Puja.

Tuesday, August 2, 2011

BAB 28 [ENDING]

"Do not dwell in the past, do not dream of the future,
 concentrate the mind on the present moment."
Anonymous

Dua jam sudah berlalu, Hariz masih terhanyut ke dalam tulisannya. Dia cuba menghayati sebiji-sebiji perasaan yang pernah menghiris jiwanya dahulu. Diharapnya, dengan cara dimaktubkan dalam skrip, dia dapat merasakan seolah Syida dan Tiara masih lagi ada di dunia ini. Masih setia menemani dirinya.

Bunyi pintu dikuak menarik Hariz sedar daripada khayalan masa lampau. Seorang perempuan datang melangkah masuk ke dalam rumahnya. Senyuman diukirkan. Masih lagi hanyut dalam tulisan rupanya.

“Abang, tak siap lagi skrip?” Soal perempuan itu.

“Tak, sikit lagi.” Perempuan itu mendekati dirinya. Ditarik Hariz yang tadinya duduk bersila menghadap skrin yang bercahaya. Kepala mereka dirapatkan, rapi wajah ditatap.

Perlahan-lahan bibir dicari, serta merta lidah menggulung. Nafsu direguk. Kesedihan yang dirasai Hariz seketika tadi hilang dalam kerakusan nafsu malam. Biarlah nafsu ini menutup segala lubang yang tercipta angkara luka lamanya. Hidup tetap perlu diteruskan, yang lama harus dijadikan pedoman. Tapi dia berjanji, Syida dan Tiara akan terus mekar dalam jiwanya.

Lentok riuk lembik lidah yang bertaut dilepaskan seketika. Mata bertemu mata. Nafas kencang cuba diatur supaya perlahan.

“Mr Mok tahu ke abang tulis kisah betul?” Soal perempuan itu dalam nada yang sekejap kencang sekejap perlahan.

“Tak. Biarlah kita saja yang tahu. Tapi, awak tak kisah kan?” Hariz memandang kasar jauh ke dalam mata perempuan itu. Perempuan itu geleng kepala. Dia tahu benar kisah semuanya. Dia pemerhati kisah perih 3 segi itu dari awal lagi. Langsung dia tak menyangka, akhirnya jodoh hadir untuk mereka. Biarlah, Tuhan maha berkuasa. Dia penentu segalanya.

“Sambunglah buat kerja.. Saya teman abang sampai siap ok. Biar siap malam ni jugak tau!” Manja bunyinya cuba menggoda. Hariz tahan nafas. Mujur skrip ini perlu disiapkan segera. Kalau tidak sudah lama dirangkul erat perempuan itu.

Perempuan itu bersandar pada sofa disebelah Hariz. Saat Hariz leka menaip bait-bait cinta yang sebenarnya semuanya adalah aksara memori luka, dia mengamati wajah suaminya. Cinta antara mereka hadir tanpa semena. Mungkin perihal sisa luka perih yang dilalui Hariz selama ini hanya untuk menyatukan mereka berdua. Mungkin, siapa tahu?

Sedang leka dia mengamati dan khayal, akhirnya dia terlelap dalam keletihan. Mindanya letih angkara terlalu banyak memerah otak mencipta algorithm untuk program barunya tadi di pejabat. Terpaksa dia luangkan lebih masa di pejabat, padahal naluri hatinya bergelojak ingin pulang menemani suaminya yang tersayang.

Selang sejam, Hariz akhirnya siap menaip aksara yang terakhir. Nafas dihela panjang. Akhirnya siap juga. Dia kerling pada wanita yang sedang lena di atas sofa disebelahnya. Tenaga dikerah, dia perlahan bangun dan mendekati perempuan itu.

“Thanks Syaira, for staying by my side...”



TAMMAT

BAB 27

"I have found the paradox, that if you love until it hurts,
there can be no more hurt, only more love."
Daphne Rae

Hariz termanggu di kerusi menunggu. Nafasnya kencang. Tiap kali dia memikirkan kejadian tadi, dia mula lemah gemalai. Pertama kali seumur hidup dia menyaksikan orang dilanggar sebegitu rupa, tapi kenapa perlu Syida? Dan kenapa perlu Fahmi? Pening, hampir saja dia pitam.

Nafas ditarik dalam. Semua akan okey belaka. Jangan bimbang. Berderet kata-kata dusta cuba disuap pada diri sendiri. Matanya cuba mengalih perhatian, tertatap pada kaca tv yang tersedia. Buletin Utama sedang menghebohkan isu politik. Seketika kemudian, teralih pula pada isu rompakan bank.

Saat itu telefonnya berdering. Dia cuba menjawab bersahaja. Cuba menutup ketar debar jiwanya yang masih berbaki.

“Hello..”

“Riz, Tiara! Tiara kena tembak!” Suara Syaira berteriak tangis kedengaran.

Bibir Hariz terkacip rapat. Baru hendak digapai lebih dalam maksud yang dituturkan, berita pada tv mencerita segalanya.

“Antara individu yang ditembak adalah Herman Bin Rushdi, Fauzie Bin Ngah dan Nur Tiara Qistina..Keadaan semua mangsa masih belum diketahui” Ujar wartawan pada kaca TV.

Sepi. Dingin. Sejuk membungkam.

Mata Hariz kini terlekat pada sekeping foto gadis perempuan di kaca tv. Seharusnya dia cair tiap kali melihat wajah itu, tapi tidak kali ini.

Ti.. Ttia..Tiara? Tekanan terlalu meninggi, musibah terlalu menyakiti.

Pudar, lemah gemalai. Beban sakit dan terluka pada dirinya tadi sekadar parah. Tapi sekarang sudah berubah menjadi nazak. Berjuta musibah sudah ditempa sebelum ini, dia harungi dengan jayanya. Betompok luka-luka dalam yang tersiat dahulunya angkara takdir yang terpaksa diterima, dia tahan segala kepedihan yang menimpa. Biarkan luka itu bernanah sekalipun, dia masih mampu tahan. Masih mampu berdiri. Puncanya dia tahu, Tiara masih ada ditepinya. Tiara patuh menunggu dirinya walaupun bertahun telah berlalu.

Tapi sekarang, separuh jiwanya seolah sudah pun mati. Syida nazak, Tiara ditembak. Tuhan, dugaan apakah ini?

.....

Hari esok akhirnya menjelma. Hariz terperap dalam kamar tidurnya. Dia terjelopok pada sejadah. Merah matanya. Jiwa Hariz sebenarnya sudah pun tidak bernyawa. Hanya saki baki iman yang menyelamatkan dirinya, juga kerana Syaira menemaninya pada hari itu. Kalau tidak, mungkin saja dia mencabut sendiri nyawanya.
Lebih kurang pukul 9 malam semalam, dua berita yang dia tidak pernah sekalipun terduga bakal diterima akhirnya dikhabarkan padanya.

Syida dan Tiara meninggal.  Sedih, sayu jiwanya. Habis seluruh tenaga dikerah jeritannya. Bergema gumpita satu hospital. Bercurahan air mata turun ibarat hujan. Sepanjang hidupnya, itu kali pertama dia menangis sehebat itu. Selalunya bila dia sedih, Syida atau Tiara akan datang membisikkan kata ‘ini bukan pengakhiran dunia’ padanya. Tapi sekarang kedua-duanya telah tiada. Memang pengakhiran sebenarnya.

Serta merta juga semalam dia mencari Fahmi. Tumbuk terajang sampai lemah insan itu bernyawa. Fahmi sekadar menerima terajangan itu, sepertimana Hariz menerima tumbukan tanpa balas 5 tahun dahulu.

“Kenapa kau langgar dia bangsat!”

“Kau tahu tak aku baru lepas bercerai dengan Syida? Dia beritahu aku sendiri yang dia nak pergi pada kau! Dia sayangkan kau! Bodoh!” Berhambur sumpahan dilontarkan. Langsung tidak wujud rasa puas dihatinya. Mungkin atas sebab itu Fahmi tak membalas apa-apa. Menyesali barangkali.

Fikir Fahmi, cinta Syida sudah kering untuknya. Bagi membalas dendam, biarlah Hariz rasa apa yang dirasainya. Kehilangan orang yang dicintai. Tapi dia silap. Dia tak pernah hilang cinta Syida sebenarnya. Hanya dia yang salah faham. Tapi, segala sudah terlambat. Nyawa sudah dicabut. Kenapa Syida tak beritahu padanya? Bercucuran air mata mengalir. Lumpuh segala sendiri tubuhnya.

Hariz pulang sebaik Fahmi ditahan polis, dia ditemani Syaira. Syaira sama bungkam. Sama suram.
Kadang-kadang Hariz teresak memikirkan hubungannya dan Tiara. 5 tahun mereka menanti untuk bersama. Tika sampai giliran, ajal rupanya datang menjemputnya terlebih dahulu.

Tuhan, beratnya dugaanMu.

BAB 26

"Love is composed of a single soul inhabiting two bodies."
Aristotle

Syaira memusingkan stering keretanya. Tiara masih disebelah, mengelamun  entah mengembara sampai ke fantasi mana. Mulutnya terkumat kamit lafaz lirik lagu yang bergema disebalik speaker kereta. Sesekali Syaira kerling ke arah Tiara, reaksi muka bersahaja.

“Oit, dah sampai.” Sya menepuk bahu Tiara. Cengang, terjaga dari lamunan.

“Kau just tunggu kat sini okay. Aku tak lama. In a minute i’ll be back.” Balas Tiara.

Pintu dikuak. Bangunan Maybank dituju perlahan. Dokumen-dokumen tersusun rapi di tangan. Harapnya segala urusan pinjaman selesai hari ini. Berhari sudah dia tersekat di bangunan ini, ada saja yang tertinggal, ada saja yang tak selesai.

Masuk ke dalam bangunan, pegawai bank menghulurkan nombor giliran. Sopan diiterima resit berdakwatkan hitam itu. Ditilik rapi, 402. Nombor sekarang 390. Ah, mujur tak lama. Telefon dicapai, mesej dihantar kepada Sya, maybe lambat sikit. Sikit je..

Sementara menunggu giliran, Tiara perhati sekeliling. Penuh sesak dengan gerombolan manusia. Di sebelahnya ada 3 orang perempuan. Seorang cina dan dua orang melayu. Di ruang legar pintu masuk pula ada 3 orang laki siap berkot. Pasti jenis kaya raya. Jenis akaun yang penuh sarat dengan wang nilai paling kurang juta-juta. Dapat suami macam ni, sedap juga. Boleh hidup hari-hari goyang kaki dalam kamar bersahaja. Malas kerja, jangan pergi kerja. Jauh dia mengelamun seketika.

Akhirnya nombor 402 dipanggil. Bingkas dia bangun lalu mula langkah panjang. Sampai di kaunter, beg duit diletakkan ditepi. Fail mula dikeluarkan, satu persatu dokumen disusun rapi kembali.

“Pang..”

Berdesing. Cengang.

Serta merta ruang bank itu riuh rendah dengan tempikan bingit suara-suara yang tersentak dari bunyi tembakan. Pengawal keselamatan tersungkur jatuh. Bajunya yang tadi penuh segak tergosok rapi kini dipenuhi dengan serapan warna kemerahan. Kaki menggelupur. 3 orang lelaki siap dengan penutup kepala kini mendapat sepenuh perhatian di ruang legar bank.

“Semua orang ketepi. Siapa berani berlagak hero, arwah!” Jerit salah seorang daripada perompak. MP7 dihala keatas. 2 orang yang lain mula menuju ke arah kaunter. Tiara cengang, kaget.

“Kau, ketepi.” Tiara dijerkah. Dengan terketar, dia melangkah maju ke bahagian tepi ruang legar. Tangannya menutup telinga. Mata merah, berair. Dia menyertai gerombolan manusia yang sedang takut dan gementar dengan ugutan muncung MP7. Siapa yang tak berderau darah jika kali pertama diacu senapang? Siapa yang tak gentar berdepan muncung senjata dengan kemungkinan untuk arwah? Kesemua duduk mencangkung, dengan diawasi oleh seorang lelaki berkot.

Tiara pejam rapat. Nafas dihembus dalam-dalam jauh hingga sampai ke dasar sanubari. Badannya yang terketar cuba dikawal rapi. Saat cemas, cengang dan penuh adegan itu cuba dilontarkan jauh-jauh daripada fikirannya. Tahan, tahan. Jangan sampai darah meninggi. Jangan. Penuh harapan.

“Pang..” Seorang lagi tersungkur, kali ini pegawai bank. Darah mengalir keluar membuak-buak dari lohong mulutnya. Tak sempat walau sekadar untuk menjerit menyatakan perih sisa naluri jiwa merasai saat ajal datang menjelma.

Tiara hilang tumpuan. Gelojak jiwanya sudah tak terkawal. Dia gementar, lemah gemalai.  Pandangannya mula kabur. Nafas mula tersekat-sekat, makin pendek. Daya makin lemah. Penyakitnya datang lagi. Berulang kali doktor sudah pesan padanya, jangan biarkan darah meninggi. Kalau tak, teruk. Tekanan pada dirinya boleh membuatkan dia sesak nafas, dan pitam. Tapi apakan daya, semuanya diluar kawalannya. Situasi ini terlalu dramatik untuk berhadapan dengan tenang seolah tiada apa yang menyuntik perasaan takutnya.

Dia teringat ubatnya. Di dalam beg! Melilau dia mencari beg. Tiada. Tertinggal di atas kaunter. Dia sudah makin lemah gemalai. Lambat ditelan pil, nescaya nyawanya dihujung tanduk. Mungkin ajal akan datang serta merta. Dia sudah tak tertahan. Bingkas bangun, kaunter dituju.

Satu langkah. Dua langkah. Tiga..

“Pang...” Tiara terkedu.

Buat pertama kali dia merasakan seolah ada tangan yang menarik jantungnya lalu cuba dicengkam sampai lumat. Terasa pedih yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Air mata mengalir bercurahan. Tubuhnya serta merta kejang, seluruh saraf menegang cengkam setiap sanubari menerjah ke dasar lebih dalam daripada ulu hati. Dia tersungkur jatuh.

Saat itu, wajah Hariz mula terbayang di matanya. Makin laju bercurahan air mata mengalir bak titisan hujan yang turun melaju. Detik yang dinanti bertahun lama hanya tinggal beberapa hari lagi untuk tiba. Kegembiraan yang ditunggu-tunggu kini hanya beberapa hari lagi untuk dicapai. Tapi sekarang, tanpa dia sedar segalanya sudah dipenghujung cerita. Detik itu tidak tiba, kegembiraan itu tersekat rupanya. Pasrah. Selamat tinggal sayang...

Pudar, hitam. Tenang.

Saturday, July 30, 2011

BAB 25

"Love is my religion - I could die for it."
 John Keats

Hari yang ternanti akhirnya tiba. 3 penjuru manusia yang dahulunya terjalin rapat dengan kisah hidup remaja akhirnya terpisah angkara wasiat dan takdir yang menimpa. Namun hari ini, kesemua datang dengan segunung harapan, meperjuang masa depan. Semua dengan penuh semangat, dengan impian, dendam, dan mungkin akhirnya secebis kemaafan.

......

Beberapa ribu saat sebelum detik yang seharusnya dinanti bertahun lalu tiba, Hariz sudah termanggu seorang diri. Cuba menenangkan fikirannya, buang segala kecelaruan, lempar segala keraguan dan bunuh segela kekeliruan. Dia ingin betul-betul tenang di mahkamah nanti. Jangan ada anasir yang meragukan hatinya. Syida bakal menjadi milik Fahmi.  Rasa bersalah datang menerjah jiwanya. Dia datang membawa sejuta bencana kepada Fahmi dan Syida, meranapkan kisah cinta mereka sedetik tiupan sangkakala. Biarlah mereka kecap nikmat hasil tanaman cinta remaja. Aku minta maaf Mi. 

Sebelum ke mahkamah, Hariz sempat menghantar mesej kepada Tiara. Kalau boleh dia ingin jumpa Tiara petang nanti. Ingin pupuskan segala keresahan  yang sekian lama menetap tanpa permit dalam dirinya.

Awak buat apa hari ni?

Tak buat apa, just pergi bank nanti. Nak uruskan soal pinjaman. y?

I want to meet up with you, lepas selesai semua. Boleh?

Sure.

Hati Hariz mula berteriak kegembiraan setiap kali Tiara bermain difikiran. Sengih seorang diri. Heh, inilah rasanya ketika mula bercinta. Baguslah, segalanya kembali kepada asal. Harapnya dia dan Tiara nanti boleh bahagia hingga ke akhirnya.

.....

Tanpa sedar, Hariz kini sudah pun dihadapan hakim, Abu Bakar Tarmizi. Lesu, pucat lesi. Debar menguasai diri.

“Saya Hariz Naim Bin Yusof menceraikan isterinya saya dengan talak satu..”

Hening.

“Saya mensabitkan jatuh talak satu oleh plaintif Hariz Naim Bin Yusof ke atas isterinya Nur Syahida Safia Binti Puteh.” kata Hakim Abu Bakar sambil menambah talak tersebut berkuatkuasa hari serta merta.

Gerimis jiwa yang berdentam dentum bagai tanpa akhir akhirnya ditamatkan juga. Nafas diterik dalam, tenang. Senyuman tanpa semena terukir pada bibirnya. Dia ingin jumpa Tiara, buangkan segala kedukaan, bebaskan segala kecelaruan. Biar Tiara suap segala cinta yang diinginkan.  Rindunya pada Tiara mula membuak. Masa sudah sampai sayang!

.......

Kereta dihidupkan. Bunyi enjin yang berderuan menggamitkan suasana taman perumahan. Lagak bunyi deruan seolah ingin berlumba di medan sepang. Seorang lelaki dengan riak muka yang cukup ketat dan celaru melangkah ke tempat pemandu. Stering dipegang ketat.

Selang seketika, dihempaskan mukanya pada stering kereta. Cuba mencari naluri hati yang bergelojak sejak bertahun dulu. Perasaan yang membuak cuba dicari biar menguasai diri. Biar dia lebih menjiwai perasaan ini.
Nafas ditarik, hembus. Let’s go. Biar tamat cerita hari ini.

........

Hariz dan Syida beriringan menghala ke arah ruang parkir kereta. Mungkin ini kali terakhir mereka menaiki kereta berduaan. Hariz mempelawa untuk menghantar Syida ke rumah sahabatnya. Dia akan tinggal disitu buat sementara. Sementara menunggu segalanya kembali normal.

Pintu kereka dikuak. Tanpa buang masa, proton saga biru terus dipandu laju. Dalam kereta masing-masing sekadar diam. Mungkin lega, mungkin tak selesa.

“Awak, boleh singgah rumah dulu? Ada beg tertinggal la..” Pinta Syida tanpa semena memecahkan hening suasana. Hariz akur. Biarlah dia melayan Syida sebaik mungkin, untuk kali terkahir.

Sampai di perkarangan Kondominium Baiduri, Hariz parkir kereta di tempat biasa.

“Awak tunggu kat sini aje, saya tak lama.”

“Okay.” Balas Hariz.

Hariz leka mengamati lenggok tubuh Syida sewaktu dia berjalan menuju ke blok rumahnya. Perlahan dia menyusuri jalan kecil sekitar kondominium itu.

Selang 5 minit, kelihatan dari jauh Syida kembali dengan sebuah beg sandang. Sekali lagi, Hariz ambil peluang untuk mengamati Syida sepuas-puasnya.

Sedang leka memerhati, sebuah kereta yang dipandu laju mencuri perhatiannya. Celaka mana bawa kerata laju dalam kawasan kondo ni? Berlagak betul!

Mata Hariz kembali berubah menatap Syida. Tiba-tiba hatinya berubah menjadi beku. Hampir saja dia kaku. Namun semangat dikuatkan lalu pintu dikuak laju, serta merta dia menjerit sekuat hati.

“Belakangggg!!”

Belum sempat Syida berpaling, kereta Volkswagen Golf sudah pun menerjah badannya. Riuk lingguk tulang mula terkesot entah hilang susunan. Syida terpelanting ketepi. Hariz serta merta berlari ke arah Syida.

“Astarghfirullah..” Hariz memangku muka Syida yang dipenuh darah. Beg yang disandang bersepai di tepi. Hariz kaget. Matanya meliar mencari kereta tadi. Nombor plat diamati. WFG 317. Hah?? Celaru, buntu, kaget, sedih semua bersepah dalam minda. Orang ramai mula berkerumun.

“Telefon ambulans cepat!” Dia sekadar mampu menjerit. Mindanya sudah buntu. Dia kenal benar pemilik kereta itu. WFG 317, suatu ketika dahulu kereta itu sentiasa ada di ruang pakir di garaj rumah sewanya. Ya, milik Fahmi. Tapi kenapa Fahmi langgar Syida? Kenapa! Terlalu banyak persoalan yang menerjah ruang fikirannya.

Baru tercipta satu ruang baru untuk dimulakan kisah hidup semula, akhirnya datang pula gumpita yang bakal mencacatkan segalanya. Hariz memandang langit. Tuhan, kenapa liku benar ceritaMu ini?

BAB 24

"Love is like war: easy to begin but very hard to stop."
 H. L. Mencken

Meja makan dikemas rapi. Perlahan-lahan mangkuk berisi makanan diatur satu persatu, menutup ruang-ruang kekosongan di atas meja itu. Meski sekadar makan malam, setiap susunan, rasa diteliti dengan penuh ketekunan. Ayam masak merah, sambal, telur dadar, dan tom yam. Masakan yang paling penting, kailam ikan masin tidak ditinggalkan. Itulah masakan kegemaran Hariz. Tak terlalu masin, dan sayur tak terlalu masak, dua kriteria yang wajib dipertimbangkan. Heh, Syida tersenyum seorang diri.

Selesai semuanya, dia menghala ke dapur. Peralatan perangnya dibersihkan. Sudah menjadi tabiatnya, dapur perlu dikemas serta merta. Kalau tidak, nanti dia tidak tenang sewaktu menjamu hidangan.

Bunyi pintu dikuak. Hariz melangkah perlahan. Beg yang dijinjit diletakkan di atas sofa. Bau tom yam menerjah deria baunya. Tak tertahan kecap nikmat masakan Syida. Dia menghampiri meja makan, sempat kerling pada kailam ikan masin. Kecur liur dibuatnya. Masakan Syida adalah yang terbaik selepas masakan ibunya. Mungkin sebab Syida asal daripada kampung, dan dia juga adalah budak kampung, jadi selera mereka sama. Tidak jauh beza. Inilah juga keunikan Syida.

“Duduklah. Nanti saya bawa kan air.” Pelawa Syida seraya melangkah kembali ke dapur. Manja. Hariz menurut. Celaka, suami mana tak bersyukur dapat bini sebaik ini.

Seketika kemudian Syida datang dengan satu jag air limau. Hariz makin tak tahan nikmat dunia, perutnya mula berkeroncong, deria bau menghangatkan segenap ruang mulutnya.

Akhirnya segala nikmat dunia itu dapat juga diisi dalam perutnya. Begitu leka dia hanyut dalam keindahan nikmat makanan.

“Sedap tak?” Soal Syida. Soalan wajib. Dia masih lagi baru dalam dunia masakan sebenarnya. Masih banyak yang perlu dipelajari.

“Ish, ni lebih daripada sedap tahu?” Hariz cuba berseloroh. Menghangatkan suasana sejuk malam yang mendampingi mereka. Jauh Hariz bawa Syida bergebang tentang makanan. Dari masin, masam dan manis sampailah kepada perihal lauk seperti ikan ayam dan daging.

Syida tersenyum, patutlah Hariz menjadi seorang penulis walaupun berkelulusan kejuruteraan. Jiwanya lebih suka meneliti perkara yang menceriakan kehidupan. Dia lebih selesa mengekspretasikan perasaan dan menghayati kehidupan. Aku lain. Kehidupan individu yang terlibat dalam department human resources tak begitu menghiburkan. Cuma, mereka pentingkan ketelitian.

“By the way, saya dah hantar borang cerai tadi. 21 haribulan nanti kita kena pergi court.” Minda Hariz tiba-tiba tertangkap soal cerai itu.

“Oh ya ke? Baguslah.” Sinar ceria mula kelihatan pada wajah Syida.

Hariz sedikit celaru. Bukankah Syida dan Fahmi sudah putus hubungan sejak setahun yang lepas? Semuanya angkara penceraian yang tertunda. Fahmi mahu Syida teruskan dengan penceraian seperti yang dirancang. Alasan yang diberikan Syida tidak dipedulikan. Katanya itu sekadar alasan. Syida akur akan tiada jalan yang terbuka, lalu dia pilih jalan yang perit dan luka, putuskan hubungan dengan Fahmi.

Berminggu dia cuba kembali menceriakan Syida dahulu.

“Awak dengan Fahmi macamana?” Tanpa semena-mena keluar persoalan dari muncung mulut Hariz. Dia sendiri tak  menyangka.

“Saya dah tak berhubung dengan dia. Tapi saya tahu keadaan dia sekarang, ada informer. Hihi.” Ceria lagak Syida. Aneh, tidakkah wujud secebis kesedihan yang melekat pada dasar sanubarinya?

“Oh. So awak plan nak kembali pada dia lepas ni?”

“Setakat ni dia tak ada siapa-siapa. Saya pun masih lagi sayangkan dia. Jadi, saya harap betullah keputusan ni. Harap dia masih sayangkan saya lah...” Perlahan kata itu dituturkan. Mungkin berhati-hati, mungkin gusar akan harapan yang disandarkan. Hariz reguk jus oren. Akhirnya dia faham.

Dunia sebenarnya memang susah untuk dijangka. Sekelip mata, semua boleh berubah. Sedikitpun Hariz tak menyangka begini jadi hidupnya. Semua angkara wasiat. Celaru kadang-kadang, entah dia patut bersyukur atau berduka saat semua ini berakhir. Bukan ini perancangannya, tapi inilah takdirNya.

BAB 23

"A break up is like a broken mirror.
 It is better to leave it broken than hurt yourself to fix it."
Anonymous

“Okay sekarang semua dah selesai. Encik diminta datang ke mahkamah bersama isteri encik pada 21 Mac nanti. Jangan lupa bawa sijil nikah sekali ya.” Ujar pegawai baju biru penuh santun dan lembut. Hariz sekadar mengangguk. Kalau tak santun, mungkin ada yang makan penumbuk. Iyalah, dah kerja urus borang cerai. Tak ramai yang ceria datang berurusan rasanya.

Tanpa menghiraukan sekeliling, perlahan-lahan dia melangkah pulang. Masuk dalam kereta, SACC Mall dituju. Saat dia sampai di noodle station di SACC Mall, Tiara sudah pun termanggu seorang diri. Hanya ditemani laptop di hadapannya. Heh, programmer dan laptop memang tak dapat dipisahkan. Hariz cair tiap kali dia melihat buah hati kesayangannya ini. Iras wajah sikit tidak berubah, sama seperti pertama kali mereka jumpa dahulu.

“Sorry lambat.” Seraya Hariz datang lalu merebahkan punggungnya keatas kerusi kayu.

“Tak apa. I siap dah orderkan Springy Chicken Carbonara untuk you.” Ujar Tiara sambil tersenyum lebar. Sedia maklum makanan kegemaran Hariz. Kelakar, dahulu Hariz pelanggan setia warong kopi dan kedai mamak. Fast food langsung tidak dijejakan kaki. Tapi selepas bercouple, dia terpaksa tukar selera. Padahal bukannya Tiara yang beriya nak memilih fast food, tapi Hariz yang terpaksa akur dan condong ke arah budaya couple kebanyakan, bawa kekasih ke tempat-tempat yang mahal dan mewah.

Tempat duduk mereka tak jauh daripada kaunter. Strategik dengan pengaliran cahaya mentari suram  yang menerjah masuk cuba menyinari segenap suasana malap restoran. Dihiburkan pula dengan alunan jazz yang perlahan-lahan  seolah cuba membawa mood romantik. Suasana suram malap sejuk sedap itu kadang-kadang membawa Hariz terlayang keluar sebentar dengan lentok wajah Tiara yang menggoda. Suasana yang selesa sekali.

Sebab itulah Hariz makin lama makin selesa dengan restoran fast food. Seperti kata Tiara, fast food bukan sekadar menjual makanan, tapi juga lifestyle. Membolehkan segenap manusia merasai gaya hidup mewah tanpa perlu menjadi ahlinya.

“I dah settlekan borang cerai.”

“Really? Bila masuk court?” Soal Tiara.

“21 Mac. You nak attend ke?”

“Tak nak la, I tak nak jumpa Syida. Awkward, jelous pun ada.”

Hariz sekadar diam. Matanya merenung jauh ke dalam retina Tiara. Cuba diungkaikan masa depan mereka bersama. Harapnya, lancar belaka.

“So perancangan kita macamana?” Soal Tiara pula selepas Hariz sekadar diam membisu.

“We’ll stick to the plan. Dalam bulan Julai macam tu baru kita start bincang pasal kahwin.” Tiara mengangguk. Kalau diikutkan hatinya, dia ingin cepat-cepat kahwin dengan Hariz.

Sedetik yang berlalu semasa penantiannya terasa seolah berabad telah berputar menyelusuri dunia. Tanpa sangka, dia berjaya menahan perih siksa jiwa itu selama ini. Dihujungnya kini, dia sedar. Jiwanya hampir lesu. Dia tagihkan sesuatu.

Sejujurnya, berita perceraian Hariz dan Syida hanya sekelonet menceriakan hatinya. Lebih daripada itu yang ditunggu. Tapi dia akur. Hariz tegaskan supaya rancangan diatur dengan teliti dan rapi. Dia tidak mahu segalanya dibongkarkan oleh orang tuanya. Dia tidak bisa melihat hati ayahnya ranap angkaranya. Biar cerita ini disudahkan dengan penamat yang sederhana dan boleh diterima.

Selesai dinikmati hidangan hingga ke cebisan yang terakhir, mereka pulang. Perlahan sekali hari itu dirasakan. Aksara-aksara romantis yang cuba diserap hadir memunculkan diri dalam segenap alam realiti akhirnya hadir tanpa membawa bait-bait yang sepatutnya. Sekadar sekelumit yang hadir boleh dilayankan, tersekat perap menunggu alam perkahwinan. Ritma yang teralun masih cacat tak terdengarkan.

Lain pula gelojak jiwa Hariz. Hatinya dirasakan makin jelas. Ruang makin luas untuk Tiara. Dia mula tagihkan kembali cinta Tiara seperti yang diperjuangkan sewaktu episod awal cintanya. Mungkin cintanya sebelum ini pudar angkara terlalu lama dipendam dan tidak digilap dengan pertemuan bersama Tiara.

 Syida mungkin menarik perhatiannya, memiliki secebis cintanya. Tapi lebihan lain hanya ada Tiara dalam ruang hati Hariz. Ya, dia yakin. Tiara. Sayang makin menebal, rindu makin membuak.

BAB 22

"The heart has eyes which the brain knows nothing of."
Charles H. Perkhurst

“Kearah mana jalan sekalipun anak simpul, akhirnya hati akan tetap bawa anak pulang ke mana anak harus pulang. Perjalanan telah ditetapkan, anak teruskan berjalan, gunakan hati sebagai panduan..” Cahaya mentari kuat menerik jauh ke dalam retina matanya. Kabur, hanya suram-suram gumpita bayang yang kelihatan. Dia melihat sekeliling, jelas mereka berada di padang pasir. Luas tak tercapai pandangan.

“Tapi..hati saya celaru. Saya tak tahu...” Bersungguh Fahmi beritahu. Aku buntu Pak Cik, aku buntu. Mindanya sekadar tertangkap kecelaruan yang memerangkap jiwanya. Dia cuba memandang tepat ke dalam anak mata lelaki tua di hadapannya, gagal. Sinar mentari terlalu gah. Hening mentari terik menerjah ke dalam mindanya membuatkan dia semakin gugup untuk berfikir.

“Celaru itu hanya satu melainkan jiwa bertelagah angkara syaitan. Kuatkan pegangan mu anak. Fikir apa yang anak pegang dari dulu, apa yang anak percaya dari dulu, nescaya celaru itu bakal tewas ditanganmu.” Pak Cik dihadapan itu sedikit pun tidak bergerak, statik tanpa seinci ganjak. Kedua tangan disiliang kebelakang. Walaupun hanya bayang hitam yang jelas, dia dapat bayangkan riak muka lelaki itu yang tenang. Celaka, kalaulah hati aku setenang wajah itu.

“Tapi, perasaan saya kadang-kadang berubah” Benar. Tika datang gumpita sekala, dia mahu berputus asa. Lepaskan Syida. Berjuta kali dia cuba suarakan pada hatinya, tapi mungkin dia tidak cukup kuat untuk merealisasikan segala. Alahai, siapalah dia untuk sombong pada cinta hati dan akur dengan segala apa yang belum tentu ketentuan Ilahi.

Orang kata semua ini takdir, tapi siapa tahu apa takdir yang tersedia? Siapa tahu selama mana takdir menetapkan mereka bersama. Siapa tahu semua itu?

“Ke mana perasan itu akan bawa anak? Usah terburu. Gapai segala masa yang anak perlu, fikir setenang air mengalir yang biru. Ikur alur yang betul. Ingat, jangan melulu.” Tenang Pak Cik itu.

Celaka, masa ni la kau nak bermadah segala. Kau tak tahu jiwa ini terluka bagai daging disiat-siat mencuka. Perih bermaharajalela. Setiap detik, setiap saat aku lalui dengan penuh sengsara. Kecewa. Aku amarah bila lihat orang lain mabuk dalam kebahagiaan yang tercipta, aku mahu turut sama. Turut gembira. Syida, mengapa kau begini? Apa kau terlalu buta dengan cinta si bangsat tiada maruah itu?

Sedang asyik Fahmi berfikir, dia yang tadinya berada di ruang padang pasir meluas kini tiba-tiba terapung lalu terhempas ke satu ceruk dunia yang dia sendiri tidak pasti.

“Kalau kita tak perjuangkan jiwa kita, siapa lagi?” Baru dia perasan, seorang perempuan sedang berdiri di satu ceruk suasana. Sekelilingnya gelap, tapi diteman dengan suram-suram cahaya lilin. Sekali lagi, hanya bayang hitam yang menyapa mata.

“Apa semua ni? Aku tak faham....”

“Kau tak perlu faham pun. Atau mungkin kau tak akan pernah faham. Heh, lelaki yang biarkan perempuannya dibawa pergi lelaki lain, mana mungkin akan faham.”

“Celaka, kau siapa mahu hina aku?! Kau tak tahu apa aku rasa. Aku rasa, hina. Aku rasa, luka. Tapi aku ada maruah kau tahu. Aku bukan lelaki yang bacul dengan cinta. Aku tak perlu merayu segala!” Tersirap darahnya serta merta. Hati yang cuba ditenangkan kini gelora dengan seluruh gelojak yang membara. Pedoman pegangan hilang serta merta. Mahu dirobos segala dinding yang merobek jiwanya itu, mahu raung sehabis kudrat hingga hujung nyawa.

“Kau menindakkan kata jiwa, kau biarkan cinta hati lari kesana. Tapi kau kata kau lelaki ada maruah? Heh. ” Celaka, dia sudah kering kudrat menahan amarah. Tangan diangkat. Panggg!

Sunyi. Gumpita.

“Fuuh...” Serta merta Fahmi terjaga, kini di kamar tidur rumahnya. Dada diurut. Jantung berdenyut kencang, masih laju berdetak bagai benar semuanya. Diusap-usap mukanya atas bawah. Lega, lega kerana semua tadi mainan mimpi semata.

Air mineral di tepi katil dicapai, reguk sampai hilang kering yang meresapi kerongkong. Selesai minum, kepala dihempas pada dinding katil.

Pejam, cengang.

Berterabur sumpahan yang ingin dihamburkan. Dia susah payah menahan gelojak luka jiwa yang terisi pada hati gemalainya. Gembira tak terkata saat 3 tahun yang dinanti sekian lama menjelma, namun Syida mengkhabarkan  penceraian terpaksa dilanjutkan. Alasan ibunya tidak sihat. Ah, semua itu alasan belaka. Alasan. Padahal Syida sudah terkecap nikmat bercinta dengan Hariz. Sudah akur pada tuntutan wasiat yang asalnya ingin dikontrakkan. Syida, kau berubah. Cintamu rapuh, tak teguh seperti diharapkan.

Aku dah faham. Aku perlu perjuangkan sesuatu. Hariz perlu rasa sakit luka jiwa aku. Ya, kau perlu rasa Riz. Biar kau menyesal seumur hidupumu.

BAB 21

"All love shifts and changes. I don't know if
you can be wholeheartedly in love all the time."
 Julie Andrews



5 TAHUN SELEPAS ITU



Bunyi riuh bising enjin kenderaan mematikan kesunyian hening malam. Manusia-manusia yang mabuk dalam dunia masing-masing masih leka bergembira. Mereka sekadar ingin mencari sedikit kebahagiaan, namun lalai dalam kegersangan mencari keindahan. Sesekali bunyi hon mencantas segala mood malam yang bergemerlapan, bergiliran dengan bunyi siren polis dan ambulans. Kecemasan, kemalangan, di mana-mana. Itulah suasana wajib setiap malam untuk kota urban yang semakin lama semakin nipis budaya, semakin jelik manusia namun semakin pesat bersaing seantero dunia. Mungkin begitu prinsipnya, untuk maju, kita harus korbankan identiti diri.

Hariz masih mengelamun dalam khayalan asmara malam di beranda kondominium. Hatinya tidak begitu seteru dengan minda kasarnya. Kepercayaan dan prinsip bercanggah dengan realiti yang menimpa diri. Ingin dia meludah basah atas segala kepincangan hati. Apa sudah terjadi, dia bacul melawan hakiki. Berselindung di sebalik ketakutan, pasrah disebalik dosa dan membiarkan bayang-bayang diri terus diselubung dengan tipu daya yang bersepahan.

“Awak, tak nak masuk tidur lagi ke?” Sayup kedengaran suara manis manja dari dalam rumah.

“Tak apa, awak tidur lah dulu.” Balas Hariz sambil rakus menghembuskan kepulan-kepulan asap nikotin. Nikotin, itulah penawar yang paling mujarab di dunia walaupun itulah juga pembunuh majoriti jiwa di dunia.

“Okay. Jangan tidur lambat sangat tau..” Balas suara itu.

Hariz melihat dari jauh. Syida. Lenggok tubuhnya memang bisa buat dia tertawan. Seri manis mukanya yang halus menggula itu kadang-kadang membuatkan dirinya lemah gemalai saat Syida berada di hadapannya. Hariz ketawa dalam hati. Ironi, insan yang aku makin lama makin jatuh hati itu adalah biniku. Namun, dia bukan milik aku. Kebodohan apakah ini?

Kejap-kejap keluar pula wajah Tiara di mindanya. Ah, cinta sejati . Segera terimbau kenangan pahit manis mereka bersama.

 5 tahun sudah berlalu. Segalanya menyimpang daripada perancangan asal. Sepatutnya perkara ini sudah tamat kisahnya sejak setahun yang lepas. Mereka sepatutnya sudah mengecap nikmat dunia seperti yang dirancang, sebiji apa yang dijanjikan. Tapi apakan daya, segalanya perlu dihentikan seketika. Obektif dan rancangan terpaksa ditukar berikutan kesihatan Hajah Timah tahun lepas. Saat mereka hampir ke mahkamah dan uruskan proses penceraian, khabar hitam dari kampung membuatkan seisi hati mereka terutamanya Syida terbungkam. Hajah Timah menghidap sakit jantung. Mereka gusar penceraian boleh mendatangkan malapetaka yang sukar hendak dibayangkan.

Hanya pada tahun ini semuanya tampak sedikit lancar. Hajah Timah makin pulih, makin gagah menghadapi segala perih.
Segala rancangannya yang terbantut sebelum ini  akhirnya boleh dimulakan.

Hariz reguk liur. Sayang sebenarnya untuk lepaskan Syida. Awalnya dia ego. Namun selepas 3 tahun mereka bersama, perlahan-lahan dia kendur. Syida nampaknya melengkapkan dirinya. Kadang-kadang Hariz sendiri tertanya, bagaimana perempuan boleh jadi begitu teliti. Berlainan dengan jiwanya yang sukakan perkara serba ringkas, Syida tidak. Syida begitu kompleks. Dia sukakan ketelitian. Sehingga ke halus lumat dasar permukaan sesuatu itu akan dikorek robek olehnya. Janji, kesempurnaan diperolehi.

Tanpa Hariz sedar, kepalanya rakus membandingkan Syida dan Tiara. Dia tahu, cintanya sudah hadir untuk kedua mereka. Syida, kerana sifatnya. Dia melengkapkan hidupnya. Tapi Tiara? Dahulu ketika masih awal bercinta, Hariz begitu taksub akan Tiara. Seolah dia menjumpai seribu satu alasan untuk mengatakan bahawa Tiara lah cintanya hidup mati. Tapi sekarang dia seolah hilang sebab, namun cintanya tetap kuat. Pedulikan. Kita tak perlu faham cinta untuk bercinta. Kita juga tak perlu faham perempuan, apa yang perlu adalah mecintainya.

Habis berpuntung nikotin disedut hembus, Hariz kembali ke dalam rumah. Dapur dituju, lalu air direguk laju.
Selesai segala, dia masuk ke kamar tidurnya. Kamar tidurnya dan kamar tidur Syida berlainan. Namun pagi-pagi lagi bila dia bangun tidur, sarapan akan terhidang. Senang. Kecuali nafkah batin, nafkah zahir dibahagi sama rata. Apa yang isteri perlu berikan selain bersenggama, diberikan pada Hariz. Begitu juga Hariz, apa yang suami perlu berikan selain senggama, diberikan pada Syida. Mereka cuba melakukan yang terbaik, menepati syarat wasiat yang diingini.

Dia merasakan satu beban terlepas saat badanya direbahkan pada tilam. Keletihan yang meneroka segenap tubuh badannya sebentar tadi kini mula melarikan diri. Dia berasa selesa sekali.

 Mata dipejam rapat. Pudar, hitam. Melayang.

Friday, July 29, 2011

BAB 20

"Take into account that great love
 and great achievements involve great risk."
Anonymous

Denai-denai kedunguan petang kian menular menyatakan hampirnya ketibaan malam. Mentari mula suram, hampir-hampir hilang dalam kesamaran suasana awan. Burung berkicauan gembira terbang ke serata dunia sana sini tanpa perlu hirau riuh rendah masalah manusia, perosak angkasa. Bunyi kicau rengek manja ditelan dengan tenang oleh segenap pelusuk isi manusia yang leka menikmati keindahan petang.

Di celah pohon-pohon yang merendang, dua hati sedang berhadapan sesama sendiri. Dari reaksi muka yang kadang mencuka, kadang ketat, jelas sedang lemas dalam keraguan.

Hening, suram. Bungkam.

“Wasiat?” Fahmi buka mulut perlahan-lahan. Nafas kencang hampir saja membuatkan dia meradang.

“Sori, tapi saya dah tak ada pilihan. Please..” Perlahan-lahan Syida cuba bawa keredaan dalam susuk hati Fahmi. Dia perlu tenang dan berbicara dengan santun mungkin. Tersilap nada atau tersilap susun kata, nescaya Fahmi akan bertukar muka.

Mata Fahmi pejam rapat. Dia cuba membayangkan beberapa jalan yang mungkin tersedia. Renai onak duri cuba diambil kira. Tapi hampa. Terlalu gelap, terlalu gumpita.

“3 tahun awak kata? Lepas tu kembali pada saya?” Fahmi mengeluh.  Terlalu drastik belaka. Mulanya Hariz tanpa semena datang dan mengacau kisah cintanya, sekarang kerana wasiat dia hampir punah dan hilang tanpa tinggal apa-apa. Syida dan Hariz dijodohkan atas nama wasiat. Kelakar, lawak jahanam apakah?

“Lepas 3 tahun, kita boleh kembali macam biasa. Saya janji...” Kata-kata pemujuk seribu bahasa tersekat pada anak kerongkongnya. Terasa bersalah, terasa kejam. Kalau boleh, dia tak mahu biarkan Fahmi kekal terseksa dalam bayang-bayang hitamnya. Angkara kisah hidupnya, Fahmi tersekat ditengah-tengah tanpa boleh berbuat apa-apa. Mungkin tidak adil, tapi apa yang adil dalam cinta, hidup dan dunia?

“Saya.. tak boleh tengok awak kahwin dengan orang lain..Hariz pulak tu.”

“Saya tak ada pilihan awak. Jangan macam ni..Please...” Syida makin kelu. Rintik jernih membiji mula membentuk pada dasar matanya lalu perlahan-lahan meresapi kulit putih yang menipis.

Kedua-duanya diam. Biarkan kehangatan malam yang mula hadir membawa kegelapan memujuk sanubari hati yang terseksa bukan kepalang. Membayangkan buah hati yang curang adalah satu penyiksaan yang menyakitkan. Tapi mereka bukan takat terpaksa berhadapan dengan semua itu, malah sebuah perkahwinan. Ah, Tuhan. Sekarang hanya ada 1 tahun untuk dihabiskan sisa cinta yang penuh duka ini.

BAB 19

"In true love, the smallest distance is too great,
And the greates distance can be bridged."
Hans Nouwens 

Tiara cuba keluar daripada pelusuk kebanjiran manusia. Mata melilau mencari Syaira, atau lebih selesa dipanggil Sya. Kesejukan yang cuba membekukan seluruh jasad jiwanya di atas bas tadi masih lagi bersisa. Tambah pula keadaan subuh yang masih mentah, sejuk yang menerkam memang susah untuk hilang.

Dari jauh dia dapat lihat perodua Myvi putih Sya. WBD 9112. Langkah diatur.

Selesai meletakkan beg dibelakang, perlahan-lahan kepalanya disandarkan pada kerusi. Sebarang gegaran boleh buat dia pitam lagi. Kalau ikutkan ayahnya, dia perlu berehat di rumah seminggu lagi. Belajar-belajar juga, kesihatan paling penting sekali. Tapi itulah, di rumah jiwanya sekadar terperap dalam lamunan bayangan siang malam. Kadang-kadang keluar sekadar untuk melilau berjalan tanpa tujuan, sekadar menikmati cahaya siang malam.  Dia sudah bosan, seminggu cuti bagaikan seabad.

“Naik bas apa tadi?” Sya memulakan sesi gebang. Cuba memecahkan kesunyian. Matanya masih berat. Masih merusuh ingin berlayar di bahtera mimpi yang indah gulana. Mindanya masih rindukan bantal dan tilam yang empuk bisa buat dia lupa segalanya.

“Sani. Macam biasalah. Malas nak naik bas lain.” Tiara masih boleh bergebang panjang. Mindanya masih segar. Dia belum merasai tidur yang sempurna untuk hari itu. Tunggulah nanti direbahkan badannya ke atas tilam empuk miliknya, pasti rebah tak berbangun.

Mereka sampai ke rumah sewa pukul 6.24 minit pagi. Subuh masih lama berbaki, sempat untuk dia mengabdikan diri kepada Ilahi. Sejak mengetahui keadaan dirinya, Tiara meluangkan masa lebih lama di atas sejadah. Doa dipanjat setinggi-tinggi. Kalau boleh, sembuhkanlah hamba mu ini ya Allah. Biarlah aku sihat sejahtera seperti mereka-mereka. Biarlah aku menikmati dunia yang indah gulana ini seperti biasa.

Selesai semua, badan direbahkan. Serta merta kepala di awangan. Kabur, hitam. Melayang.

Bunyi alarm menyentakkan mimpi Tiara. Hati menyumpah. Sedikit sahaja lagi bibirnya bakal bertemu dengan Ular. Entah dari mana datang keyakinan dan pengetahuan, dia perlu cium ular itu untuk untuk menjadikan ular itu gagah perkasa bagi melawan jengking yang berbisa.

Tiara sengih seorang diri. Bodohnya mimpi.

Telefon bimbit dicapai. 1 mesej dan 1 missed call. Dua dua Hariz. Call me, asap. Telefon ditekan.

“Hi baby.” Sua Tiara.

“Hi. Dah sampai ke?”

“Dah, subuh tadi. Sya ambil.”

“Oh. Baguslah. Em, boleh kita jumpa tak? Ada benda nak bincang la.” Jauh dalam hati Tiara cuba merungkaikan persoalan. Dia dapat resap daripada luah suara Hariz, ada sesuatu yang pelik. Tapi dia biarkan keraguan itu bersahaja. Malas difikir bukan-bukan, malas dirungkai persoalan yang tak terungkaikan. Entah betul, entah tidak.

“Sekarang?”

“Yup. I’ll pick you up in 15 minutes. Boleh?”

“Sure.” Telefon diletakkan. Tuala dicapai, kamar mandi dituju.

.....

“What?!” Bunyinya macam dongeng, lari jauh menyimpang daripada realiti. Apa mungkin semua ini terjadi? Masih ada cerita seperti ini dalam kisah simpang siur realiti hari ini? Aduhai.

Kepala Tiara berdenyut. Doktor sudah pesan, jangan terlalu bebankan kepala. Usah dirunsingkan sangat hal dunia, nanti kesihatan tergugat undang bahaya. Susah.

“Kita baru couple, and then you come to me with this story. Irony!” Tangan bergerak atas bawah. Batinnya mahu teriak. Tuhan, tak cukupkah lagi dugaan kau suapkan pada aku. Masih terlalu ringankah cabaran untuk aku. Hariz beri aku peluang. Hariz beri aku kasih sayang. Dia suap apa yang aku mahu, dia datang bila aku perlu. Kami bukan saling memahami, tapi kami saling melengkapi. Buat pertama kali aku rasakan jiwa kami saling bersentuhan menyatakan kami memang dari azali telah diciptakan bersama. Bait-bait cinta yang selama ini aku tagih dan simpati bukan bermakna aku terima untuk berakhir setakat ini.

“Baby, kan saya dah cakap. Paling lama pun 3 tahun aje. Tak lama. You’ll be the one to revised all the contract. Kalau awak rasa nak tambah apa, awak tambah. Kalau awak rasa tak setuju syarat mana-mana, awak ubah.” Hariz cuba buka sehabis luas ruang untuk berbicara. Terasa bersalah sebenarnya, memang berat untuk mereka berdua.

“Saya cadang kita kahwin contract. 3 years contract. Lepas 3 tahun, kita putus. Kita boleh bagi apa-apa saja alasan dekat parents kita masa tu. Tak serasi, tak ada jodoh, tak kisah lah apa alasan sekali pun. Masa kawin, kita bebas jumpa pasangan kita. Tapi jangan buat benda bodoh lah, kita tetap terikat dengan dosa pahala bersama.” Cadangan Syida terngiang dalam Hariz. Dia terpegun saat pelan itu dicadangkan di hadapannya. Kepala diangguk. Sedap bunyinya, situasi win-win. Cuma perlukan sedikit pengorbanan, demi memuaskan hati semua orang.

“Awak tahu tak 3 tahun tu lama?” Soal Tiara. Nada pasrah manja. Hatinya mahu menangis berteriak sekuat-kuatnya. Matanya sudah bergelinang dengan titisan air mata. Hariz sekadar diam membisu. Haru.

Lewat petang mereka pulang dengan riak muka yang masam mencuka. Dalam kereta, masing-masing sepi. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi jenaka-jenaka yang direka. Suasana riuh rendah yang dahulunya mengisi segenap ruang udara cinta antara mereka kini sudah hilang dalam kedukaan yang tercipta. Tiara tidak mengatakan ya dengan cadangan Syida. Tapi tidak pula mengatakan tidak. Dari reaksinya, seolah dia akan cuba untuk terima. Tapi sumpah, perasaan sedih, geram, pasrah mengaburi pandangan mindanya. Dia celaru untuk fikir.

Tiara mula membayangkan dirinya tanpa ditemani Hariz. 3 tahun paling kurang. Untuk hidup tanpa ditemani oleh orang tersayang sebenarnya hanya boleh dicapai pada akal teori semata. Dalam realiti, lelaki memerlukan perempuan, dan perempuan memerlukan lelaki. Tidak perlu sifir algebra segala. Logik akal semasa semuanya.

Tambah pula dengan keadaan dirinya, semuanya rosak belaka. Hasratnya untuk mencerita perihal dirinya dilupakan. Jangan diburukkan keadaan.

BAB 18

"Worry does not empty tomorrow of its sorriw;
it empties today of its strength."
Corrie Ten Boom.

Syida keluar terkocoh-kocoh dari teksi. Mukanya dipenuhi risau. Langkahan panjang serta merta dibuka Mata melilau mencari kelibat Hariz saat melangkah ke dalam Restoran Khulafa.

Hariz mengangkat tangan. Cemas juga Syida sebenarnya. Siapa sangka, akhirnya mereka berjumpa untuk perkara seperti ini. Dia juga tak sangka, panggilan telefon pertama Hariz kepadanya berkisar masalah yang dia tak duga. Dia fikirkan pasti panggilan pertama lebih romantis. Dengan suara tergagap-gagap, minda kejap tidak tahu apa ingin dituturkan. Pasti menarik. Tapi hakikatnya tetap sebaliknya.

 Hajatnya mereka mahu jumpa pagi tadi, tapi Syida baru teringat. Dia kena hantar assignment Mr. Yap pagi tadi. Kalau lambat, tiada markah.

“Sori lambat.”

“Tak apa. Order dulu.” Pelayan keturunan mamak datang.

“Ice lemon tea satu.” Pelayan segera beredar.

“Ok, so. Em. Topik mana kita nak bincang dulu ya?” Soal Syida.

Hariz garu kepalanya yang tak gatal. Perutnya memulas. Kalau dia cemas, begitulah jadinya. Dia cuba tenangkan dirinya. Banyak hendak dibincang, mana satu pun dia tak tahu. Buntu. Perkara ini terlalu rumit untuk dipikul pada bahu sebenarnya. Lebih-lebih lagi dalam situasi yang tidak terkawal, dia memang sudah mati akal fikiran. Mulanya hanya dia dan Syida. Fikirnya hanya mereka berdua yang terpaksa menghadapi relaiti semasa. Tersekat dalam kehendak orang tua. Tapi nampaknya tidak. Fahmi sudah turut serta. Lambat laun nanti Tiara pula. Entah lepas ini siapa pula.

“Em, awak dah tahu pasal kita?” Hariz terus ke topik utama.  Malas hendak pergi topik lain dulu, ini soal penting. Kalau melayang di permulaan, nanti dikatakan tak serius pula. Biarlah masing-masing menghadapi realiti berduri mencuka ini. Hakikat memang perlu bersemuka dengan segera, biar hidup tak leka.

Dengan malu-malu Syida mengangguk. Merah padam mukanya. Apa la mamat ni, terus tanya soalan macam ni.

“Fahmi ada contact awak tak?”

“Tak lagi. Tapi saya tahu mana dia duduk. Sekarang ni dia tumpang rumah Que. Kawan dia.” Panjang lebar Syida bercerita. Mujurlah dia rapat juga dengan Que. Kalau tak, pasti risau dia akan keadaan Fahmi. Fahmi memang begitu kalau marah. Walaupun pendiam, tapi kurang penyabar. Jenis baran. Syida sudah kalis. Mungkin sebab itu juga dia melekat pada Fahmi. Usah ditanya kenapa. Cinta itu buta. Baran, kurang penyabar, apa dia ambil kira. Kalau sudah jatuh cinta, hati melekat juga. Buat apa sekalipun, betul belaka. Hebat semua.

“Oh, baguslah. So, awak nak setel macamana dengan dia?”

 “Tak apa, pandai-pandai lah saya nanti. Saya tahu macamana nak pujuk dia.” Balas Syida. Risau juga sebenarnya. Mesej, telefon semua tak berbalas. Tak apa, nanti aku pergi rumah Que, lembut lah hatinya. Takkan dia nak tengking aku depan kawan dia. Lagipun Que dah janji nak tolong aku.

“Baguslah kalau macam tu..” Hariz diam sebentar. Sekarang, masa untuk bangkitkan topik yang lebih penting.

Dia reguk liur.

Pelayan sampai dengan segelas minuman. Dengan perlahan Syida reguk air yang dipesan. Leka dia mengecapi nikmat air, seolah tiada apa-apa luar biasa yang terjadi. Seolah dia boleh terima saja dengan segala keputusan yang tericpta. Walhal sebenarnya dia sudah bersedia dengan rancangan yang dicipta. Biar Hariz bercerita dulu, nanti baru aku masuk. Aku rasa tak ada masalah, mesti Hariz pun setuju.

“Hariz?” Soal Syida bila dia lihat muka Hariz buntu. Seolah dia tiada disitu.

“Oh, sori. Ok, so.. Em. Awak dah ada Fahmi. Saya pun sama. So, awak rasa macamana?” Hariz cuba bertanya pendapat Syida. Dia sudah pening sebenarnya.  Akalnya seolah sudah sampai ke garis penamat. Seolah semua keringat sudah diperah cuba untuk menghadiahi satu buah fikiran yang bernas, tapi gagal. Kalah. Kalau sampai saat dia perlu akur dan terima semua ini, tak apalah. Asalkan dia tak lagi perlu berfikir siang malam dengan fikiran yang pincang. Tapi sedih juga, takkan semudah itu dia hendak putusan dengan Tiara. Aduh. Tak, tak mungkin semudah itu. Dua kemungkinan bertembung, hasilnya celaru menggamit jiwanya.

Mana aku tahu Syida anak Imam Putih tu teman wanita Fahmi. Kalau tak, pasti aku masih boleh tenang saat ini. Masih boleh berbahagia dengan Tiara. Sekarang, Fahmi sangka aku dan Syida curang. Mujurlah Syida boleh selesaikan hal ni sendiri. Kalau tak, parah. Aku pun dah tak tahu nak fikir apa. Paling tak pun, aku buat ikut cadangan Taufik, kawin dua. Wait a minute, kau gila ke apa Hariz?

Syida reguk air laju-laju. Kini dia penuh bersemangat. Nafas ditarik dalam-dalam. Nampaknya Hariz pun dah ada calon sendiri, makin senang. Pasti dia setuju.

Hariz terlongo saat dia mendengar cadangan Syida. Celaka, macamana aku boleh tak terfikir macam ni.
Saat itu, baru dia teringat. Hampir setengah hari dia tak mesej Tiara. Tunggu balik rumah nanti lah. Sekarang topik berubah, topik ringan-ringan. Topik antara dia dan Syida. Sebenarnya mereka berdua malu, tapi malu itu perlu buang. Tak guna nak malu-malu, nanti nak jadi bini aku juga. Dapat restu orang tua lagi. Heh.

Hariz akhirnya lega. Dia pelawa Syida untuk pulang dengannya. Dah hampir senja. Syida mulanya berkeras. Nanti kalau terserempak dengan Fahmi, nahas. Tak apa. Cermin tinted. Tak senang orang nak lihat. Lagipun, dekat aje. Syida akur.

BAB 17

"It is sad not to love,
but it is much sadder not to be able to love."
Miguel de Unamuno

Pagi-pagi lagi Tiara sudah bangun. Tidurnya tak lena. Separuh malam dia bertarung dengan migrain. Makin lama makin teruk. Hendak ke klinik, macam tak berbaloi. Cukuplah sekadar sebiji pil bantu bertarung dengan migrain. Lagipun sekarang dah kurang. Biasalah, perempuan.

Dia kerling jam meja, baru pukul 8 pagi. Entah apa aktiviti hari ini. Tiket ke Shah Alam malam nanti, pukul 9. Bonus cuti. Kelas hari ini tiada, esok batal. Ikut gerak hati, dia ingin pulang awal juga. Boleh teman Hariz. Boleh pergi shopping, date, tengok wayang. Macam-macam lah. Tapi silap dia tersasul kata depan ayahnya tempoh hari. Hasilnya, malam ni baru boleh pulang.

Capai tuala, kamar mandi dituju. Pancuran air terjah kulit nipisnya. Rasa sejuk mencengkam. Perlahan-lahan dia bersenggama dengan fikiran. Dia suka khayal ketika mandi. Terbawa-bawa memori dia dan Hariz ketika masih awal bersama. Teringat pula kisah romantis ketika Hariz lafaz cintanya. Semuanya indah belaka. Aduhai, terkecap juga nikmat dunia. Hariz insan yang bawa dia keluar dari segala keserabaian dunia. Hariz beri dia bukti, bahawa hidup lebih indah bersama.

Keluar dari kamar mandi, dilihat ibunya sedang bersiap.

“Tiara, pergi siap cepat-cepat. Teman ibu beli barang kejap.” Tiara akur. Kata ibunya bukan satu pelawaan, tapi arahan. Kulit nipisnya dilap biar kering. Rambut dikering guna mesin.

Hari ni dia pakai jeans biru lusuh. T-shirt biru muda dipadankan dengan cardigan. Rambutnya dibiarkan terurai melepasi bahu. Cermin ditatap rapi saat dia membedakkan mukanya. Kadang-kadang, dia dapat lihat iras wajah ibunya pada muka. Saling tak tumpah.

“Tiara.” Panggil ibunya.

“Coming.” Telefon dan tas tangan dicapai.

Dalam kereta, sesekali mereka bergebang. Anak dan ibu, tentulah mesra. Bila bosan, novel dalam tas tangan dikeluarkan. Hobi membaca semula jadi lahir dalam jiwanya. Mungkin sebab dia disuapkan dengan buku sejak kecil. Sedang orang lain sibuk bermain dengan pasir, dia tenggelam dalam timbunan buku. Bermain-main dengan bahasa.  Entah kenapa, jiwanya lebih suka bersenggama dengan bahan cerita. Suka bila membaca rintihan jiwa orang lain, seolah membenarkan dia untuk merasainya sekali, walhal bukan itu yang dialaminya.

Sampai di Tesco, Tiara capai troli. Baru dia teringat, sudah lama dia tak meluangkan masa dengan ibunya. Dia sendiri sudah lupa bila kali terakhir dia membeli belah bersama ibunya. 1 tahun atau 2 tahun lepas barangkali.

Tiara mengekor ibunya. Sambil itu matanya meliar, memerhati jiwa-jiwa di situ. Meskipun hari kerja, tetap ramai orang di situ. Pelik, tidakkah mereka ini ada kerja?

Hampir 1 jam lebih mereka berjalan di dalam tesco. Letih. Dilihat ibunya puas. Mengecapi nikmat membeli belah. Mulut sedang terkumat kamit. Mengira bajet barangkali. Tiara hanya tersenyum. Perempuan memang begitu.

Bagi menghilangkan lelah, mereka berhenti di Starbuck. Ibunya memesan Caffe Latte. Tiara macam biasa, Caramel Macchiato. Kegemaran sejak dulu. Sesekali mereka bergebang tentang dulu-dulu, ketika Tiara masih kecil. Kemudian mereka tukar topik. Tentang adiknya kemudian ayahnya. Tiara merupakan anak sulong. Dia hanya ada seorang adik, Leya. Leya baru tingkatan 3.

Sedang leka bergebang, tiba-tiba kepala Tiara kembali berdenyut. Kepalanya pedih seolah ada tangan yang menarik-narik urat sarafnya. Tahan, tahan. Tangan ketar. Peluh menitis. Perlahan-lahan mengalir dari ubun kepalanya lalu jatuh mengalir perlahan di sekitar kulit nipisnya. Tangannya mencengkam kerusi, erat. Beurat tangan.

“Tiara, are you okay?” Soal ibunya saat Tiara kelihatan pelik. Muka pucat.

“Okay ma...”

Jelas, samar, hitam.

Gelap gelita.

Ibunya menjerit. Segenap Starbuck riuh.

BAB 16

"Thy friendship oft has made my heart to ache:
 do be my enemy for friendship's sake."
William Blake

Fahmi terjaga saat pintu rumah dikuak. Bunyi keriuk kuat berdesing di telinganya. Dia bangun. Pening, terasa macam kosong. Lupa waktu, lupa tarikh, semacam hilang ingatan. Dia capai telefon, 5.47. Tingkap diratap, senja. Ubun kepala diurut-urut.

Cuti semester dah tamat. Tadi dia orang pertama sampai ke rumah. Lebih kurang pukul 3 petang. Hariz dan Ridwan masih dalam perjalanan. Angkara keletihan, dia tersungkur tidur. Bunyi pintu dikuak tadi pasti Hariz. Ridwan naik bas, malam nanti baru sampai. Dia capai botol air minuman. Dengan rakus air direguk. Mata makin jelas, otak makin pulih. Nafas ditarik dalam-dalam.

Tuala dicapai, kamar mandi dituju. Saat melepasi bilik Hariz, dia berhenti. Kepala jengah dalam bilik. Hariz sudah hampir lelap. Niat hati hendak sapa, tapi biarlah. Letih, macam aku juga. Aku 3 jam, dia 8 jam. Mahu tak letih. Bosan pula tu sorang-sorang.

Saat air turun jatuh hingga ke kaki, wajah Syida serta merta terkap mindanya. Dia menghayati. Setiap bait-bait romantis kata pujangga cinta diingati. Khayal, memang khayal. Wajah Syida sebenarnya sudah cukup buat dia teruja. Baru dia teringat, masuk hari ni, genap seminggu dia tak berjumpa dengan buah hatinya. Patutlah. Nafsu batinnya mahu dibelai-belai. Mahu insan itu segera hadir dan menghanyutkan dirinya lagi. Serikannya dengan wajah dan gelagat manjanya. Ceriakan dirinya dengan senyuman yang manis menggula. Biar dia lupa seketika betapa hancurnya dunia. Betapa comotnya cerita manusia.

Fahmi terkocoh-kocoh keluar dari kamar mandi. Sejuk menerkam ulu hati. Dalam hati menyumpah senyap-senyap. Baru seminggu mandi pakai water-heater, dah tak tahan mandi air sejuk. Celaka apa. Tahanlah sedikit biar berlagak seperti jantan sasa.

Saat rangkap akhir doa diaminkan, jam menunjukkan pukul 6.27. Sejadah digantung. Dah hampir maghrib. Hariz entah bangun tidur belum. Nak kejutkan, takut ganggu. Tapi kalau tak kejut, nanti dia marah pula. Biarlah, sekurang-kurangnya aku kejut. Dia nak bangun ke tak bukan urusan aku.

Pintu bilik Hariz dikuak. Khusyuk betul tidur. Macam tak ingat dunia. Baju tak salin pun boleh lena tidur, hairan. Belum sempat dia tepuk bahu, Hariz geliat. Kaki terkinja-kinja. Dompet dan kunci jatuh sungkur ke lantai. Fahmi angkat dompet. Sekilas gambar tertatap.

Sepi. Berapi.

....

“Mi, makan?”

“Tak apalah, aku kenyang lagi.” Fahmi berbohong. Hariz berlalu, tinggalkan Fahmi seorang diri.

Aku nampak jelas. Memang aku yakin tu Syida. Tapi macamana Hariz boleh ada gambar dia? Hari tu aku ada dengar dia sembang pasal awek baru. Tapi tak silap aku Tiara namanya. Apa kaitan Hariz dengan Syida pulak? Syida curang? Mustahil. Tapi kenapa gambar ada dalam dompet? Selalunya..ish. Tenang. Aku kena tenang dulu. Tak boleh gopoh. Kalau biar saja api hati ini bertindak seorang diri, nescaya semua boleh jadi hodoh berduri. Mungkin tiada lagi seri esok pagi. Sabar, jangan khayal dalam emosi diri.

Berjuta soalan hendak disoal. Tapi kecut. Bukan tak berani hendak soal, tapi takut dengan jawapan. Realiti boleh hiris hidupnya. Hancurkan masa depannya. Musnahkan kebahagiaan jiwanya lalu serta merta ranapkan kepercayaannya. Sekali diri dikhianati, bukan mudah untuk gah berdiri percayakan orang lain lagi.

Kalau betul curang macam mana? Betul ke Syida sanggup buat macam tu. Kalau sanggup sekalipun, kejadah apa curang dengan housemate aku? Atau Hariz yang niat nak merapas Syida? Dah tak ada orang lain ke? Kenapa Syida? Atau dia ada tak puas hati dengan aku? Pening. Susah nak fikir. Ada halangan yang tak tercapai akal, ada andaian yang tak mudah untuk disangkal. Tapi semuanya boleh jadi pakai.

Fahmi bangun. Semangat dikerah. Jantan, memang kena berani bersemuka. Kalau tak orang naik kepala. Manusia memang gila. Mari syahwat dunia, hanyutkan aku dalam api mu yang sedang marak menyala.

Kerusi disorong keluar. Fahmi merebahkan punggungnya disebelah Hariz. Berpinar jauh ke dalam mata Hariz ditenung. Kalau betul dia rampas Syida, nahas. Apa nak jadi, jadi lah. Hariz masih rakus menikmati Mee Goreng mamak. Hariz pelawa, serta merta ditolak. Celaka, macam tak bersalah makan depan aku lepas khianati dan bunuh jiwa aku.

“Riz, aku nak tanya sikit ni.”

“Apa dia?”

“Tadi aku nampak gambar dalam dompet kau. Gambar Syida kan?”

Mulut Hariz mula memual. Darah berderau. Dari ubun kepala sampai ke hujung kaki gementar menyiksa.  Syida? Dua individu bermain di benaknya. Syida anak Imam Putih, dan Syida teman wanita Fahmi. Celaka, jangan kata orang sama. Kecil betul dunia ni. Apa aku nak jawab? Takkan aku nak beritahu aku kena kawin, tidur dalam kubur nanti. Silap sepatah, parah. Semua kata-kata boleh disalah tafsir. Ahh, sudah.

Sepi.

“Aku tanya ni, jawab la.”

Masih sepi. Kaku. Hariz buntu. Maaf kawan, perkara ni terlalu kompleks untuk aku terus terang. Aku tak boleh beritahu perkara sebenar. Aku pun tak tahu Nur Syahida Safia Binti Puteh tu awek kau. Aku sekadar pernah dengar kau sebut Syida. Aduh. Tuhan, apa salah aku? Haru biru. Kalau boleh aku pun tak mahu, cubalah kau guna akal untuk fikir dahulu. Aku ada Tiara. Apa guna aku ragut rampas bunga cinta kau Fahmi. Akal tinggi jangan dipendek sedangkalkan hanya kerana nafsu marah yang merekah.

Serta merta penumbuk Fahmi hinggap di muka Hariz. Terjelopok dia ke lantai. Mulut sengal-sengal. Telinga berdesing. Pening campur pedih. Tumbuk, tumbuklah aku sekuat hati. Terajang sekali. Aku tetap akan bisu. Aku tak boleh beritahu. Aku bukan curang dengan Syida, sumpah. Aku tak hubungi Syida pun lagi. Tapi, biarlah hanya Tuhan yang tahu. Kau tak perlu tahu dulu. Apa pun aku beritahu, bukan kau boleh duduk cuba berbincang dengan akal sendiri. Kau sudah mabuk, mabuk amarah.

Fahmi angkat kerusi. Dia belum puas. Kau rasa kerusi ni pula. Biar kau rasa sakit jiwa merana. Kalau aku terpaksa rasa perihal sakit dikhianati, biar kau rasa perih sakit macam ajal menanti. Saat Fahmi hayun tangannya, saat itu juga kakinya diterjah. Tangan dicekup. Kerusi terpelanting ditepi. Leher dijerat. Fahmi tersekat, tak boleh bergerak. Cuba melawan, namun kudrat seolah tidak berganjak.

“Kenapa ni woi?!” Sergah suara di belakang. Fahmi mendongak. Ridwan. Nasib kau baik Riz, kalau tak, mampus kau.

“Kenapa ni Riz?! Mi?!” Perasaan ingin tahu bergelumang di benak Ridwan. Tak pernah dia bayangkan Hariz dan Fahmi
boleh bergaduh macam ni. Dia longgarkan pegangan tangannya pada Fahmi. Tanpa sebarang kata, Fahmi bangun, capai kunci kereta, keluar. Pintu dihentam. Hatinya berderai. Batinnya menangis. Sekuat mana dirinya, seego mana jiwanya, dia tetap lelaki biasa yang longlai dan lemah dengan perempuan. Mungkin disitu silapnya.

Hariz perlahan-lahan cuba bangun. Jarinya menyentuh dasar bibir, pecah. Celaka, kuat juga Fahmi rupanya. Dia lihat Ridwan masih lagi terlongo. Mujur ada Ridwan. Kalau tak, tuhan saja tahu apa jadi dengan aku. Boleh aku nak membalas tadi, tapi buat apa? Kalau aku pun, aku buat benda sama. Seksa rasa khianat, bukan calang. Lebih-lebih teman serumah dengan awek. Maaf Mi. Kau rasa sakit perih kononnya angkara khianat dan dengki, padahal cerita sebenar masih ternanti untuk kau ketahui. Nanti.

“Hariz, apa ni ?” Ridwan tegas bertanya.

Dalam kepedihan, Hariz mengeluh. Tak guna dia hendak merahsiakan. Perkara ni bukan mudah, nak tak nak dia terpaksa beritahu juga. Biar reda sedikit beban yang tejerat di jiwanya. Bukan salahnya, tapi. Ah, salah siapa sebenarnya? Mungkin sekadar cubaan tuhan untuk lihat betapa beriman kita kononnnya.

Hariz Reguk liur. Satu persatu penjelasan dituturkan. Seperti tadi, Ridwan kembali terlongo. Bezanya, kali ni makin susah hendak percaya. Mirip drama cerita. Begitu dasyat sekali beban yang tepaksa dihadapi. Bukan soal pinta rintihan hati, tapi wasiat orang yang telah mati. Aduh, mujur bukan aku yang terseksa begini.

Thursday, July 28, 2011

BAB 15

"Nothing can be compared with the
bond that childhood sweethearts share."
Anonymous

 “Dapat ke?” Mata Syida terbuka luas. Dia menunduk sedikit, seperti sedang rukuk. Dia cuba memerhati jauh ke dasar sungai, tapi terbatas. Setakat permukaan sahaja yang dia boleh tinja.

Hariz diam, menghiraukan soalan Syida. Buluh panjang yang dijadikan batang pancing diletakkan di atas tanah. Perlahan-lahan dia tarik tali tasi yang diikatkan dihujung batang pancing.

Berat, mesti mengena ni.

Beberapa meter sebelum hujung tasi yang diikat mata kail muncul, kelibat ikan sudah nampak. Keli! Hariz gembira. Boleh dia berbangga di hadapan Syida. Kalau tak dapat tadi, pasti teruk diejek.

“Yay! Abang Hariz dapat ikan keli!” Natasya tepuk tangan. Dari tadi dia sibuk bermain-main dengan pasir. Taufik jebih bibir. Iri hati. Dia masih belum dapat apa-apa.

“Ha, kan aku dah cakap. Aku terer pancing.” Kejantanan dia kini terbukti. Syida terlongo di tepi. Ralit memerhati Hariz menguruskan ikan. Taufik sekadar diam.

“Hariz, Taufik dah sampai..” Suara Hasmiah bawa Hariz berpijak ke realiti.

Dia tarik nafas. Dilihat jam, sudah 9.30 malam. Celaka, lama juga dia mengelamun. Benaknya tertanya, bagaimana dia boleh terimbau kenangan silam antara dia dan Syida. Itu semua cerita dulu, waktu kecil-kecil dahulu. Sekarang lain, sudah hampir 10 tahun dia tak bercakap dengan Syida. Biasalah, bila matang perasaan malu pun datang. Lalu wujud garis pemisah antara mereka. Bila jumpa saja naluri itu buat mereka tersipu-sipu. Mula bergetar jiwa ingin lari. Nak bersalam pun mahu tak mahu.

Tanpa berlengah, Hariz tangkas capai dompet dan kunci. Dia gembira dapat jumpa Taufik. Dah hampir 6 bulan dia tidak jumpa sahabat karibnya itu. Banyak hendak dicerita, banyak hendak dikongsi.

Taufik bawa Hariz ke Warung Leman. Terletak di ceruk kampung, tapi tetap ramai yang datang. Kalau nak makan nasi lemak, Warung Leman lah yang paling sedap. Di situ juga tempat Hariz dan Taufik selalu lepak.

“Minum?” Soal pelayan.

“Kopi.” Jawab Taufik

“Teh tarik.” Dah lama Hariz mengidam Teh Tarik di sini. Pekatnya lain macam. Kedai mamak pun tak boleh lawan.

“Makan?”

Hariz angkat kening pada Taufik.

“Aku tak makan. Kenyang lagi.” Balas Taufik.

“Nasi lemak satu.” Jawab Hariz. Lagi beberapa hari cutinya tinggal. Entah bila lagi dia hendak pekena nasi lemak disni. Selesai mencatit, pelayan beredar.

Hariz dan Taufik mula gebang. Dari kisah hidup sampai sukan. Semua ceruk cerita mereka kongsi. Hariz cerita tentang teman wanitanya, Tiara. Taufik pula masuk cerita tentang Qistina, kekasih lamanya. Topik seolah tak habis-habis. Kadang-kadang hilai tawa mereka menggamit suasana Warung Leman.

Letih gelak tawa, mereka diam. Terik nafas perlahan-lahan.

“Fik, kau ingat lagi tak Syida?”

“Syida? Anak Imam Puteh? Ingat. Kenapa?” Soal Taufik. Dia perasan riak wajah Hariz berubah. Semacam ada sesuatu. Pelayan datang dengan nasi lemak dan dua gelas air.

Sunyi. Hariz tarik nafas dalam-dalam. Taufik diam, sekadar memerhati Hariz. Perasaan ingin tahunya membuak bila melihat keadaan Hariz. Dia kenal benar perangai Hariz, mesti ada sesuatu ni. Kalau resah sebegini, selalunya parah.

“Ayah aku suruh kawin dengan dia. Wasiat Imam Puteh.” Ujar Hariz sambil bermain-main dengan sudu di dalam gelas. Perlahan-lahan dia mengacau air.

Taufik terlongo. Seperti cerita dalam tv. Macam drama petang-petang.

“Fuuh. Betul ke ni Riz?” Taufik semacam tak percaya.

“Betul la. Aku pening sekarang ni kau tau.” Sedikit nada kecewa kendengaran. Taufik diam. Sudah, masalah besar ni. Dia sendiri buntu.

“Tiara tahu?” Tanya Taufik.

“Tak lagi, nanti sikit la aku beritahu dia. Tak sampai hati lagi.” Kini nada berubah, daripada kecewa lebih kepada risau.

Tamat sesi gebang gelak ketawa mereka. Taufik tak berani menukar tajuk. Dia dapat lihat wajah sedih sahabatnya itu. Dia bersimpati. Pandangan-pandangan yang biasa mula dilontarkan. Sekadar pandangan bersyarat. Kalau sudah parah sebegini rupa, pasti segala jalan keluar cuba dibuka. Pasti segala kemungkinan sudah diambil kira. Tapi Taufik cuba juga.

Sebelum pukul 11 mereka pulang. Taufik tak dapat ceriakan kawan lamanya malam itu, mlaah didalam hati dia bersimpati. Apa pun keputusan kau, aku sokong Riz. Kita jiwa muda kadang-kadang memang perlu merintih bagi mengecapi nikmat dunia. Kita tersekat dengan orang-orang lama, apakan daya.

BAB 14

"If you could only love enough,
you could be the most powerful person in the world."
Emmet Fox

“Tapi....” Syida tekap dua tangannya pada dahi. Diurut-urut ubun kepala yang tak pening.

“Tak ada tapinya. Ni wasiat, Syida. Syida kena faham. Arwah ayah dah pun beritahu sendiri dekat Bilal Yusof sebelum meninggal. Dia pun setuju.” Hajah Timah meninggikan sedikit suara. Tegas. Bukan dia suka nak memaksa, tapi wasiat suami. Syida sebagai anak sulong patut faham, fikirnya.

Hajah Timah masih leka melipat kain. Satu persatu pakaian dilipat dengan teliti kemudian diletakkan di atas satu sama lain. Meninggi seperti klcc.

Syida masih mencuka di meja makan. Mahu meraung dan merajuk sepuas-puasnya. Tapi siapa pemujuk? Fikirannya celaru. Dia cuba cari akal. Perkara ini perlu selesai. Ya, selesai dengan terbatal. Kalau boleh, biarlah dia kahwin dengan orang yang dia suka. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk hidup semati dengan orang yang dipilih orang tuanya. Mujurlah dia sudah besar panjang, akal sudah matang semua. Kalau budak lagi, nescaya mugkin dia simpan semua baju, dan lari ke mana-mana. Biar hatinya sahaja yang gembira, tanpa hirau orang lain yang risau segala.

Selesai dilipat satu bakul, Hajah Timah cuba berdiri. Urat-urat kendur memaksa dia kerah tenaga lebih untuk berdiri. Tulangnya yang kian merapuh mula keluarkan bunyi-bunyi riuk. Perlahan-lahan dia ke ruang tamu. Punggungnya dihempaskan di atas sofa, sebelah Syida. Berhadapan tv.

“Syida, ni hajat arwah ayah yang terakhir. Bukan ayah je, mak pun sekali. Hariz tu baik orangnya. Bukan kamu tak kenal kan...” Perlahan-lahan Hajah Timah cuba memujuk. Dia cuba buka ruang di dalam hati anaknya.

Syida masih lagi bisu. Diam tanpa sebarang kata. Mulutnya terkacip rapat. Dia sedar, ruang untuk dia keluar makin sempit. Seolah-olah menuruti wasiat arwah ayahnya adalah satu-satunya jalan yang dia ada. Dia tahu, tak guna lari kemana-mana. Menentang pun tiada satu hasilnya. Kalau dia ingin masa depan bahagia, dia perlu redha dan terima segala. Tapi, itupun sekadar bahagia di mata mereka, bukan dalam hati yang bertakhta. Celaru mula mengugat iman dan jiwanya.

Syida mengeluh. Nafas ditarik perlahan-lahan. Tangan kanannya mengusap-usap pangkal rambutnya. Kalau diikutkan, hati dia sudah hampir berkecai luluh. Rangkap cintanya selama setahun setengah bakal terhenti, tanpa hujung cerita. Tapi akalnya masih tak putus asa. Masih ada cara. Ya, pasti ada cara.

Dia biarkan ibunya tanpa jawapan. Masih awal untuk beri kata putus.

Syida tukar siaran tv. Cerita terpapar cuba untuk menghiburkan segenap lapisan penonton. Biar hilang duka, biar berseri muka. Namun Syida tetap juga mencuka. Segala plot cerita dan lawak jenaka masuk dan hilang begitu saja.

Syida tatap luar tingkap. Mentari sudah hampir terbenam,cuba lari dari kesusahan hidup siang. Syida cuba renung masa depan. Membayangkan dia dalam masa 5 atau 10 tahun yang akan datang. Siapa bakal jadi peneman hidupnya? Siapa bakal bapa kepada anaknya? Kalau Fahmi, ok. Cerita bersambung. Kalau Hariz? Aduh. Permulaan cerita pun tidak sanggup dia bayangkan.

......

Malam kunjung tiba. Syida menung di ruang tingkap dalam biliknya. Hari itu dia hanya banyak menghabiskan masa dengan termenung. Tak sangka cuti semester begini jadinya. Awal dulu dia membayangkan cuti bagaikan saat-saat yang gembira. Boleh dibelai dan dimanja segala apa yang diingininya. Maklumah, di rumah segala apa sudah tersedia. Makanan, hiburan, cakap aje. Cuma yang dia terpaksa terima adalah Fahmi memang tiada. Usah cari dimana-mana. Kalau ada lelaki di kampung itu pun, mat rempit tegar. Menunggu saat dilanggar dan dipijak lori tangki. Biar daging bersemi pada tayar lori. Menamatkan segala kebodohan diri sendiri.

Sesekali jari jemari Syida menghantar mesej pada Fahmi. Dia berlagak seperti biasa, tiada apa. Lebih elok Fahmi tidak tahu dulu. Susah dia hendak kawal keadaan nanti. Fahmi bukan faham apa perasaanya, Fahmi bukan ambil kira kehendak orang tuanya. Begitu juga orang ibunya, bukan ambil kira kehendaknya. Kadang-kadang dia terfikir juga, apa dia hidup untuk diri sendiri atau orang lain. Kalau kebahagiaan perlu dilayan dan dikira sama rata, siapa peduli untuk dengar rintihan jiwanya? Ada siapa ambil kira?

Jadi biar dia selesaikan sendiri, paling tidak pun dengan Hariz. Biar perancangan diatur dengan teliti, supaya semua boleh gembira. Supaya masing-masing boleh teruskan hidup dengan biasa, orang yang dicinta. Biar semua terancang seperti apa yang mereka jiwa muda rancang dan inginkan. Seperti setiap janji yang ditasbih pada setiap permulaan cerita cinta. Biar janji itu terlaksana, biarkan. Bukankah itu yang harus diperjuangkan?

“Kak, minum?” Natasya muncul di sebalik pintu. Dia tahu kakaknya gusar. Pasti perit bila hidup diatur. Tapi takdir ketentuan tuhan, siapa boleh halang? Namun biarlah, dia cuba sedaya untuk membantu kakaknya. Meskipun dia tahu, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

“Emm, boleh jugak.” Syida membalas dengan sedikit senyuman. Senyuman basi. Sampai di dapur, kerusi disorong keluar. Beban badan dihempaskan pada kerusi. Natasya datang dengan dua gelas.

“Kak okay ke?” Soal Natasya sambil mengambil tempat di sisi kakaknya. Baris ayat perlu disusun teratur, padah kalau tersilap cakap.

“Okay je. Jangan risau lah.” Riak muka Syida cuba untuk ceria. Senyuman panjang lebar terpapar di mukanya. Bukan senang hendak ditarik senyuman ketika hati merusuh.

Buat seketika, Natasya bawa Syida keluar dari keadaan haru biru. Dia bawa Syida meniti masa-masa lalu, menghayati detik-detik suka mereka bersama, sekeluarga. Kisah mereka masih kecil. Umur Natasya dan Syida tak jauh beza. Syida tua 3 tahun sahaja daripada Natasya. Sebab itu banyak pengalaman mereka bersama.

Akhirnya mereka tenggelam dalam ngilai gelak tawa.

Di dalam bilik, Hajah Timah masih kaku di atas sejadah. Tangannya masih gah menadah. Tuhan, berikanlah yang terbaik untuk anak aku, Syida. 

BAB 13

"At the touch of love everyone becomes a poet."
Plato

Cahaya mentari masih lagi belum menampakkan diri. Suasana sejuk masih mencengkam jiwa. Hariz terjaga dari tidur. Jam ketika itu menunjukkan pukul 6.30. Dalam kebuntuan pagi, dia cuba menghayati sebentar. Tiada apa yang difikirkannya selain Tiara. Dia tersenyum seorang diri. Terasa perasaan bahagia menakluki seluruh jiwanya. Masalah-masalah yang lain terus padam, hilang dari ingatan.

Seketika kemudian dia bingkas bangun dan mandi, serta menunaikan solat. Selesai solat, dia tidak sambung tidur seperti kebiasaan, sebaliknya dia keluar dan menikmati nikotin. Suasana pagi, dengan perasaan bahagia, ditambah pula dengan nikotin sememangnya membangkitkan selera jiwa yang membara. Suka, bahagia tanpa lara. Kalau ada sekalipun tersumat kisah perih lara yang dicela, dia sudah ada ubat penawar duka. Dia ada hati yang boleh menghiburkan jiwanya, boleh bawa dia lari dari segala duka. Boleh hilangkan guris hati, lagi efektif daripada air jampi.

Hari ini, genap  tiga minggu dia bersama dengan Tiara. Tiada apa yang lebih dipinta, dia sudah cukup gembira. Segala apa perih jiwa selama ini hilang dalam ketenangan jiwa. Kehadiran Tiara sememangnya mengubah mental dan fikirannya. Tiada lagi detik-detik dia sendiri tanpa siapa ditepi.

Namun, hari ini juga dia terpaksa berpisah dengan Tiara buat seketika. Cuti pertengahan semester telah bermula. Tiara bakal pulang ke Kedah manakala dia sendiri akan pulang ke Segamat, Johor. Meskipun dia sedih gara-gara terpaksa berpisah dengan Tiara, tapi memikirkan keadaan kampung yang sudah lama ditinggalkannya, dia kembali teruja untuk pulang.

Pagi itu, Hariz tenggelam dalam dunia nikotin dan kebahagiaan. Buat pertama kali dia terasa dunia tidak kejam kepadanya. Dia dilayan bagai anak raja, pemerintah dunia. Ingin apa, disuapkan serta merta.

Tepat pukul 9.00 pagi, Hariz menjemput Tiara di perkarangan rumahnya. Ketika Hariz sampai, Tiara sudahpun bersedia di hadapan pagar dengan dua buah beg. Satu beg pakaian, dan satu beg galas, laptop. Tanpa berlengah, mereka menuju ke stesen bas di seksyen 17.

“Awak, nanti jangan nakal-nakal tau. Drive hati-hati. Jangan laju....” Pesan Tiara.

“Iya, tak laju nya. Paling laju pun 130 je. Hehe. “

“130 tu tak laju?”

“Err, tak sangat kot.”

“Mengada dia ni. Ok, 130 je paling laju tau. Kalau lebih, siap!” Hariz sekadar senyum manja. Dalam hati, dia sedikit kecewa. Baru bermesra, sudah terpaksa berjauhan. Tapi tak apalah, seminggu aje pun.

Selepas melambai pada Tiara, Hariz terus masuk ke dalam kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dia tidak ingin lewat sampai ke kampung, lalu dia terus memulakan perjalanannya ke Segamat. Dia biarkan kekecewaan di dalam hatinya bermain seorang diri, tanpa dilayani. Dalam kepalanya sibuk memikirkan bagaimana keadaan kampung halamannya. Sudah hampir 6 bulan dia tidak pulang. Cuti semester hari itu dia tidak pulang kerana kerja. Rindu juga dia pada ibu bapanya.

.....

Tepat pukul 8 malam, Hariz sampai ke kampung Imam Lapar. Keadaan ketika itu sudah gelap. Mentari sudah berganti syif dengan bulan. Kegelapan memakan penglihatannya. Kalau ada pun perubahan di kampung itu, mustahil dia boleh lihat dalam kegelapan ini. Hanya cahaya lampu kereta yang menyinari jalan di kampung itu.
Sesampai dia di rumah, Bilal Yusof dan Hasmiah telah pun menanti di hadapan pintu rumah. Anak tunggal, mahu tidak rindu.

“Assalamualaikum mak, ayah. Sihat?” Soal Hariz sambil mencium tangan kedua ibu bapanya. Keriduan buat sekian lama terubat seketika.

“Sihat Riz. Hariz sihat?”

“Sihat mak.”

Malam itu Hariz asyik bersembang dengan Bilal Yusof dan Hasmiah. Hariz tidak pasti bagaimana keadaan ayahnya, tetapi dari wajah ayahnya itu, kedutan makin kelihatan. Sekurang-kurangnya makin jelas daripada 6 bulan yang lepas. Begitu juga ibunya.

Angkara letih memandu seharian, Hariz tidur awal. Saat dia rebahkan badannya ke katil, perasaan puas menular di dalam badannya. Selesa sekali pulang ke kampung. Sebelum lenyap dalam dunia mimpi, sempat dia menghantar sekeping mesej kepada buah hatinya. Akhirnya dia terlelap, biarkan keletihan hilang pelahan-lahan sedang dia leka bermimpi.

BAB 12

"At the touch of love everyone becomes a poet."
Plato

Cahaya mentari masih lagi belum menampakkan diri. Suasana sejuk masih mencengkam jiwa. Hariz terjaga dari tidur. Jam ketika itu menunjukkan pukul 6.30. Dalam kebuntuan pagi, dia cuba menghayati sebentar. Tiada apa yang difikirkannya selain Tiara. Dia tersenyum seorang diri. Terasa perasaan bahagia menakluki seluruh jiwanya. Masalah-masalah yang lain terus padam, hilang dari ingatan.

Seketika kemudian dia bingkas bangun dan mandi, serta menunaikan solat. Selesai solat, dia tidak sambung tidur seperti kebiasaan, sebaliknya dia keluar dan menikmati nikotin. Suasana pagi, dengan perasaan bahagia, ditambah pula dengan nikotin sememangnya membangkitkan selera jiwa yang membara. Suka, bahagia tanpa lara. Kalau ada sekalipun tersumat kisah perih lara yang dicela, dia sudah ada ubat penawar duka. Dia ada hati yang boleh menghiburkan jiwanya, boleh bawa dia lari dari segala duka. Boleh hilangkan guris hati, lagi efektif daripada air jampi.

Hari ini, genap  tiga minggu dia bersama dengan Tiara. Tiada apa yang lebih dipinta, dia sudah cukup gembira. Segala apa perih jiwa selama ini hilang dalam ketenangan jiwa. Kehadiran Tiara sememangnya mengubah mental dan fikirannya. Tiada lagi detik-detik dia sendiri tanpa siapa ditepi.

Namun, hari ini juga dia terpaksa berpisah dengan Tiara buat seketika. Cuti pertengahan semester telah bermula. Tiara bakal pulang ke Kedah manakala dia sendiri akan pulang ke Segamat, Johor. Meskipun dia sedih gara-gara terpaksa berpisah dengan Tiara, tapi memikirkan keadaan kampung yang sudah lama ditinggalkannya, dia kembali teruja untuk pulang.

Pagi itu, Hariz tenggelam dalam dunia nikotin dan kebahagiaan. Buat pertama kali dia terasa dunia tidak kejam kepadanya. Dia dilayan bagai anak raja, pemerintah dunia. Ingin apa, disuapkan serta merta.

Tepat pukul 9.00 pagi, Hariz menjemput Tiara di perkarangan rumahnya. Ketika Hariz sampai, Tiara sudahpun bersedia di hadapan pagar dengan dua buah beg. Satu beg pakaian, dan satu beg galas, laptop. Tanpa berlengah, mereka menuju ke stesen bas di seksyen 17.

“Awak, nanti jangan nakal-nakal tau. Drive hati-hati. Jangan laju....” Pesan Tiara.

“Iya, tak laju nya. Paling laju pun 130 je. Hehe. “

“130 tu tak laju?”

“Err, tak sangat kot.”

“Mengada dia ni. Ok, 130 je paling laju tau. Kalau lebih, siap!” Hariz sekadar senyum manja. Dalam hati, dia sedikit kecewa. Baru bermesra, sudah terpaksa berjauhan. Tapi tak apalah, seminggu aje pun.

Selepas melambai pada Tiara, Hariz terus masuk ke dalam kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dia tidak ingin lewat sampai ke kampung, lalu dia terus memulakan perjalanannya ke Segamat. Dia biarkan kekecewaan di dalam hatinya bermain seorang diri, tanpa dilayani. Dalam kepalanya sibuk memikirkan bagaimana keadaan kampung halamannya. Sudah hampir 6 bulan dia tidak pulang. Cuti semester hari itu dia tidak pulang kerana kerja. Rindu juga dia pada ibu bapanya.

.....

Tepat pukul 8 malam, Hariz sampai ke kampung Imam Lapar. Keadaan ketika itu sudah gelap. Mentari sudah berganti syif dengan bulan. Kegelapan memakan penglihatannya. Kalau ada pun perubahan di kampung itu, mustahil dia boleh lihat dalam kegelapan ini. Hanya cahaya lampu kereta yang menyinari jalan di kampung itu.
Sesampai dia di rumah, Bilal Yusof dan Hasmiah telah pun menanti di hadapan pintu rumah. Anak tunggal, mahu tidak rindu.

“Assalamualaikum mak, ayah. Sihat?” Soal Hariz sambil mencium tangan kedua ibu bapanya. Keriduan buat sekian lama terubat seketika.

“Sihat Riz. Hariz sihat?”

“Sihat mak.”

Malam itu Hariz asyik bersembang dengan Bilal Yusof dan Hasmiah. Hariz tidak pasti bagaimana keadaan ayahnya, tetapi dari wajah ayahnya itu, kedutan makin kelihatan. Sekurang-kurangnya makin jelas daripada 6 bulan yang lepas. Begitu juga ibunya.

Angkara letih memandu seharian, Hariz tidur awal. Saat dia rebahkan badannya ke katil, perasaan puas menular di dalam badannya. Selesa sekali pulang ke kampung. Sebelum lenyap dalam dunia mimpi, sempat dia menghantar sekeping mesej kepada buah hatinya. Akhirnya dia terlelap, biarkan keletihan hilang pelahan-lahan sedang dia leka bermimpi.

BAB 11

"Love is a many splendid thing.
 Love lifts us up where we belong. All you need is love!"
Moulin Rouge Movie

2006 – Kampung Imam Lapar

Bunyi unggas menggamitkan suasana malam. Bau hamis hujan petang tadi masih lagi tajam menusuk hidung sekalian penduduk. Namun, suasana sejuk yang mencengkam hingga ke pelusuk sanubari itu tidak diendahkan langsung oleh Bilal Yusof. Peluh menitis dari ubun kepalanya lalu mengalir jatuh perlahan-lahan hingga ke pipinya. Bilal Yusof reguk liur. Tangannya masih erat memegang yasin. Mulutnya terkumat-kamit melafazkan bacaan yasin. Fikirannya celaru. Ada lebih kurang 10 orang disitu, semuanya sibuk melafazkan bacaan yasin.

“Sof....Sof...Mana kau?” Sayup-sayup bunyi suara Imam Putih yang sedang berbaring. Tak bermaya. Hajah Timah masih mengesat-ngesat  peluh yang membasahi kepala Imam Putih. Matanya merah. Sesekali Hajah Timah mengesat titis air matanya yang bergelinang. Jangan pergi tinggalkan aku Teh, tolongnya. Kasihanlah aku dan Syida.

Mendengarkan panggilan itu, serta merta Bilal Yusof bangun dan bersila di tepi Imam Putih. Sebak hatinya melihatkan keadaan sahabatnya itu. Sejak 20 tahun dia tinggal di kampung itu, selama itulah Imam Putih sentiasa membantunya. Dia tak jemu-jemu menolong Bilal Yusof. Ibarat bila dia sekeluarga terjerat atau terhimpit dengan kekejaman dunia, disitu hadirnya Imam Putih. Datang membawa sejuta bantuan. Duit, nasihat, semangat. Nah, cakap saja. Dihulurkan begitu saja tanpa berkira. Semangat masyarakat seolah-olah sentiasa membara dalam jiwanya. Oleh kerana itu, dia juga sudah lama menganggap Imam Putih sebagai keluarganya.

“Ya Teh. Aku kat sini. Kenapa?” Tanya Bilal Yusof. Suaranya tersekat-sekat. Sebak, tapi ditahan. Biar sekadar telekat di kerongkong sebaknya itu. Dia takut nanti emosi yang lain terganggu sama. Jangan ditambah cuka dalam jiwa yang sedang berduka. Nanti dihiris luka, berdosa pula.

Bilal Yusof mendekatkan telinganya ke mulut Imam Putih. Dia mendengar satu persatu yang dilafaz Imam Putih . Dia mengangguk. Matanya merah, lama-kelamaan cecair jenih yang tadinya bergelinang jatuh hingga ke pipinya. Bersemi bersama peluh ubunnya.

“Baiklah Teh. Kalau itu yang kau mahu, aku laksanakan. InsyaAllah.” Apa pun hajat kau, aku cuba tunaikan Teh. Kau terlalu banyak berjasa untuk aku.

....

“Hai bang, jauh mengelamun?” Suara Hasmiah menarik Bilal Yusof terjaga dari lamunan. Dia beristighfar seketika. Tangannya mengosok-gosok dadanya. Sudah hampir 5 tahun Imam Putih meninggal dunia. Tapi hasrat Imam Putih belum tercapai.

Kadang-kadang rasa bersalah menerjah dalam sanubari Bilal Yusof. Ada hati perlu dijaga, ada janji perlu ditunai. Dirinya celaru, haru biru. Ada dua hati yang bermakna, namun dia perlu ciptakan satu azimat lalu hasilnya kegembiraan dalam keduanya. Biar bertembung menjadi satu, mencapai hasrat yang ingin terlaksana. Berat sekali bebannya.
Biarlah. Dia nekad kali ini. Hasrat Imam Putih perlu dilaksana.

Hasmiah meletakkan dulang berisi cawan di atas meja. “Kenapa ni bang?” Soalnya sambil tangannya sibuk menuang air tea o ke dalam cawan tadi.

“Tak ada apa lah. “ Balas Bilal Yusof. Dia cuba menyembunyikan kegelisahannya dari isterinya. Kalau boleh, biarlah dia selesaikan sendiri perkara ini.

“Hariz tu dah 22 tahun kan? Bila habis belajar ya?” Soal Bilal Yusof, tiba-tiba. Teringat akan anak lelaki sulongnya barangkali, fikir Hasmiah.

“Ish awak ni, takkan dah tak ingat. Lagi satu tahun habis la tu..” Balas Hasmiah sambil menghulurkan cawan tadi kepada Bilal Yusof. Bilal Yusof serta merta mencapainya.

Perlahan-lahan dia menghirup air tadi. Heh, Tea o Hasmiah memang tak pernah gagal menceriakan aku. Manis, kelat secukup rasa. Warung Pak Mail pun tak boleh buat air macam ni.

“Saya nak kepastian aje. Dah tua, makin cepat lupa..”

“Erm, awak rasa umur 23 sesuai tak untuk dia kawin?” Sambung Bilal Yusof.

Hasmiah yang tadinya sedang menghirup tea o tersedak. Perlahan-lahan dia meletakkan cawan kembali ke atas meja.
“Biar betul abang ni? Dah tak sabar sangat ke nak timang cucu?” Balas Hasmiah sambil tersenyum.“Kurang-kurang biarlah dia kerja dulu.” Sambung Hasmiah.

“Kita ni dah tua Mah. Entah sempat tengok cucu ke tidak pun kita tak tahu.”

“Betul, tapi....ish, awal sangat tu bang.”Balas Hasmiah. Tak bersetuju. Dia memandang jauh ke dalam mata suaminya. Pelik. Selalunya dia tak begini. Dia selalu menasihati Hariz agar mengumpul duit, menabung dulu, kemudian baru kawin. Tapi tiba-tiba? Hish. Apa kena orang tua ni?

“Yang elok, apa salahnya dicepatkan?” Tanya Bilal Yusof. Hasmiah diam.  Itu lebih kepada pernyataan daripada soalan sebenarnya. Dia akur. Sekali Bilal Yusof buat keputusan, jarang dia tukar. Perangainya dari sejak dulu lagi.
“Entah dah ada calon ke belum si Hariz tu bang. Bukan senang nak cari menantu baik zaman sekarang ni.”

“Harapnya tak lah. Saya nak kawinkan dia dengan Syida, anak Pak Teh.” Sekali lagi Hasmiah tersedak. Kali ini lain sikit. Dia mengosok-gosok dadanya. Pedih.

“Biar betul abang ni?.” Soal Hasmiah. Dia seakan tidak percaya. Dia sebenarnya antara orang yang paling gembira kalau
Hariz berkahwin dengan Syida.

Bilal Yusof diam sejenak. Fikirannya celaru. Dia memandang ke luar tingkap. Mencari cahaya siang untuk dihayati. Biar dia lupa perkara ini sebentar. Dia ingin keindahan seri siang itu menyerap segenap jiwa tuanya. Menghiburkan hati tuanya yang berduka.

“Abang?” Soal Hasmiah.

Bilal Yusof reguk liur. Nafas ditarik dalam-dalam.

“Dulu, sebelum arwah Imam Putih meninggal, dia ada pesan kepada saya. Kalau boleh, dia nak Syida dikawinkan dengan Hariz.” Jelas Bilal Yusof. Kini giliran Hasmiah untuk diam. Hasmiah memandang ke arah dinding. Gambar Hariz tergantung. Kini fikirannya pula celaru.

Syida memang sesuai untuk Hariz. Tapi, Hariz tu berkenan ke dengan Syida? Syida tu pula, belum tentu berkenan dengan Hariz.Lagi satu, kalau Hariz dah ada calon macamana?

“Abang dah fikir masak-masak ke?” Soal Hasmiah. Perkara sebegini, perlu dirancang dengan teliti. Ada hati perlu dijaga.

“Entahlah Mah. Abang dah janji dengan Imam Putih. Rasa bersalah pulak kalau tak tunaikan.”
Hasmiah mengangguk. Kini kedua-duanya senyap. Buntu.

Wednesday, July 27, 2011

BAB 10

"To say ‘I love you’, one must
first be able to say the ‘I’"
Ayn Rand

Bunyi alarm secara tiba-tiba memaksa Hariz kembali ke alam nyata. Matanya terbuka sedikit. Dia cengang. Cis, kacau. Dia cuba berkhayal sejenak, mimikirkan kembali tentang mimpinya sebentar tadi. Mukanya berkerut. Gagal. Satu babak pun tidak diingatnya. Tapi yang pasti, mimpi itu indah. Dia dapat rasakan kegembiraan, tapi apa sebenarnya? Ah, biarlah. Hakikatnya itu tetap mimpi.

Cahaya mentari sedikit demi sedikit telah menerjah ke dalam biliknya. Bunyi burung berkicauan. Hariz bingkas bangun. Dia duduk sebentar. Menghela nafas panjang-panjang. Dia teringat semalam. Oh, semalam yang indah. Dinner dengan bakal buah hati, hati siapa tak indah? Dia teringat pula petang nanti. Heh, penentu hidup mati.

Hariz capai Blackberry, 2 mesej. Hariz buka mesej pertama. Satu pesanan daripada celcom. Credit Advance telah ditolak. Pundek. Giliran kau cepat je potong. Servis padahal tak pernah nak elok. Mujurlah pelan kau murah. Mesej satu lagi dibuka.

Morning awk. Jgn bgn lmbt2 tau. Ingt jnji kita pkl 10? ;)

Tiara. Hariz segera capai jam tangan. 9.15. Dia mula gelabah. Tuala dicapai, lantas dia terus ke bilik mandi. Lebih kurang 9.35, Hariz siap. Seluar jeans, dipadankan dengan kemeja soda, cukup kasual fikirnya. Dia tangkas capai kunci kereta lalu terus keluar. Sambil memandu, tanganya tangkas menaip mesej.OTW, 10 mnt lg sampai. Tunggu kt bwh.

10 minit sebelum pukul 10, Hariz dah pun sampai di hadapan rumah Tiara. Tiara masih belum siap. Kalau ada satu perkara yang Hariz tidak faham dengan perempuan, adalah lambat bersiap. Kalau tahu perlu ambil masa yang lama untuk make-up, kenapa tak bersiap awal-awal? Tapi biarlah. Apa yang penting, senyum. Jangan marah-marah. Nanti tolak markah.

Mereka berdua menuju ke Restoran Mak Siti. Restoran kegemaran Tiara. Hariz tak pernah ada restoran kegemaran. Selagi boleh makan, dia makan. Tak kisah di pelusuk mana sekalipun. Dia tidak begitu memilih makanan sama ada sedap atau tak. Janji cukup untuk diisi di dalam ruang kosong perutnya.

Sambal petai, ikan goreng dan budu. Meskipun Hariz orang Johor, tapi dia cukup jatuh cinta dengan budu. Tiara pula sekadar sayur kailam dan ayam. Nasi separuh. Diet katanya. Hariz sekadar mengangguk. Sambil makan, Hariz curi-curi menghantar mesej kepada Adzlee.

Selesai makan, mereka menuju ke Sunway Pyramid. Hari cuti, apa lagi. Kalau dulu dia sering menghabiskan masa di dalam bilik dengan fifa ataupun need for speed, kini dia menghiburkan hati di Sunway. Tapi kali ini bukan sekadar berhibur. Misi. Hidup mati. Tak juga. Sengsara atau gembira. Fikir Hariz.

Sampai di Sunway Pyramid, Hariz sekadar mengikut Tiara. Gadis, macam biasalah. Pantang tengok dress, baju, jeans.  Kalau boleh, semua hendak diborongnya. Tapi itu belum cukup dasyat. Cuba ada sale. Parah.  Sedang Tiara leka memilih baju, Hariz masih lagi sibuk menghantar mesej kepada Adzlee.Semua ok?

Belum sampai 10 saat, Adzlee pantas membalas. Semua okay. Nanti sblm sampai bgtau tau. Hariz senyum. Orait,5 minit lagi aku sampai. Blackberry disimpan ke dalam poket. Kini matanya fokus memerhati Tiara. Cair.

“Awak, laparlah. Jom lunch?” Ujar Hariz. Muka Tiara sedikit hampa. Mungkin nafsu membeli masih membuak-buak. Tapi akur. “Dah nak lunch ke? Ok..”

Oleh kerana pagi tadi Tiara yang pilih Restoran, sekarang giliran Hariz pula. Tanpa bercakap panjang, dia lantas menuju ke Restoran Full House. Sampai di hadapan restoran, Hariz bersuara kepada waiter. “table for two please.” Serta merta pelayan mengiringi mereka ke meja. Selesai order, Hariz kembali bersembang kosong dengan Tiara. Topik lebih kepada baju yang Tiara jatuh hati sebentar tadi. Sambil bersembang, mata Hariz melilau mencari Adzlee. Adzlee senyum. Dia menunjuk isyarat bagus. Hariz balas senyuman Adzlee.

Sampai makanan yang ditempah, mereka diam. Masing-masing hanyut ke dalam dunia masing-masing. Setiap kunyahan disertai dengan kekaguman. Manis, masam dan masin, semua secukup rasa. Selesai menu utama, pelayan menghantar pula kek.

Hariz reguk liur. Babak utama dah bermula. Nafasnya serta merta menjadi kencang. Dia tarik nafas. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Segalanya dah diatur. Kini dia perlu berhadapan dengan realiti. Antara hidup nafsunya atau mati jiwanya. Kalau segala tidak menjadi seperti dirancang, atau berakhir dengan kegagalan, dirinya akan terlekat di celah awangan. Bakal terjerat dalam kesuraman. Takut dan kalah dengan wanita. Bakal dihimpit dengan kegelapan, ketakutan, dan lebih-lebih lagi kesunyian. Apapun, biarlah. Let’s rock.

“Ouch” Jerit Tiara. Giginya berdesing sebentar. Ada sesuatu yang keras di dalam kek yang dimakannya. Ini mesti kes buat kerja tak bersih.

Hariz kembali ke alam realiti. Showtime.Tiara mengambil objek keras di dalam mulutnya.

Cengang.

“Nur Tiara Qistina, sudikah awak menjadi kekasih hati saya?”

Sunyi. Kendur.

Tiara tergamam seketika. Serba salah. Dia lihat sekali lagi. Cincin. Dia toleh ke arah Hariz pula. Muka kendur disulami dengan perasaan ingin tahu. Oh. Akhirnya dia faham.

Serta merta air matanya mengalir. “Saya cintakan awak Hariz.” Dia pejam matanya. Semuanya terlalu indah baginya. Kalau boleh saat itu dia ingin peluk Hariz seerat-eratnya.

“So, jawapannya ya?” Hariz soal lagi, inginkan kepastian. Berlagak cool. Padahal nafasnya kencang, berderau darah ibarat sedang berperang.

“Yup!” Jawab Tiara sambil mengangguk. Matanya masih lagi berair. Minda Hariz kejap seketika. Dia yang tadinya membayangkan perkara-perkara kencang yang boleh menamatkan nafsu jiwanya kini kembali gagah mencari realiti. Mencari diri sendiri. Aku, aku berjaya menikmati semua ini. Nyah, pergi jahanamlah kau kesunyian diri.

Dalam kegembiraan itu, sempat lagi Hariz menjeling kepada Adzlee. Dia menunjukkan isyarat bagus. Adzlee ketawa. Selamat berbahagia kawan.

“Awak.... ni semua sweet sangat tau tak? Bila awak rancang semua ni?” Soal Tiara. Riak wajahnya masih lagi gembira. Dia mengesat air matanya. “Well, thanks to Adzlee. Tu, yang pakai spek mata tu” Ujar Hariz sambil menunjuk kearah belakang Tiara. Tiara menoleh. Adzlee yang ketika itu sedang sibuk menggelap pinggan masih sempat melambai kepadanya. Dalam ketawa, Tiara membalas lambaian Adzlee.

“Dia jiran saya. Dah seminggu saya rancang dengan dia. Hehe.” Balas Hariz.

“Oo. Patutla. Dah lama saya tunggu awak propose tau tak?” Soal Tiara sambil buat riak muka mengada. “ Sirius? Sorry. Bukan senang nak propose tahu. Boleh gugur jantung.” Balas Hariz sambil ketawa.

Mereka berdua kembali gelak ketawa dalam dunia sendiri sambil menikmati hidangan. 

Selesai makan, Hariz sempat bersalam dengan Adzlee sebelum pulang. Tak lupa dia berterima kasih. Hari itu, hari paling gembira bagi Hariz dan Tiara.