SINOPSIS MEMOIR PEMIMPI MATI

Asalnya Hariz seperti lelaki normal lain, mencari pengisi kekosongan dalam hati. Di kampus, atas nama takdir dia berkenalan dengan Tiara, cinta pandang pertamanya.

Tapi rupanya wasiat mengatur hidupnya. Menjadi bait-bait pahit yang cuba merubah segalanya dari perancangan hidup yang biasa. Dan wasiat itu juga, menybebabkan dia tersepit di antara sahabat, keluarga dan prinsip.

Dendam. Hormat. Cinta. Puja.

Wednesday, July 27, 2011

BAB 6

"I believe that every single event in life
happens in an oppurtunity to choose love
over fear."
Oprah Winfrey

Peluh Hariz menitis. Fikirannya sedikit gugup. Dia serba salah, tidak tahu kemana ingin dilemparkan pandangannya. Jantungnya yang sebentar tadi tenang kini berdegup dengan kencang. Dia lemah, longlai.

"Kenalkan Tiara, ni Hariz. Housemate aku." Ridwan perkenalkan Tiara kepada Hariz. 

"Err, hai ." Hariz cuba berlagak tenang. Nafasnya yang deras cuba dikawal. Tarik, hembus. Tarik hembus. Teknik yang dia amalkan sejak dahulu lagi. Jika gopoh atau cemas, dia gemar tarik nafas dalam-dalam. Biar otak tenang. Baru boleh bertindak.

Celaka. Kenapa Ridwan tak bagitahu dulu nak jumpa dengan Tiara. Main ajak je, aku tak prepare pun. Ah, tapi orait jugak. Lawanya dia. Manis. Mak aku mesti suka dapat menantu macam ni.


“ Awak orang mana ek Tiara? “

Hariz cuba membuka topik. Mereka bersembang sekadar mampu. Beberapa kali Hariz reguk liur. Mulutnya kering. Kerongkongnya ketandusan air. Beberapa ketika dia cuba melihat jauh ke dalam mata Tiara. Secara senyap-senyap dia cuba untuk menghayati kecantikan gadis itu. Tapi dia kendur.

“ Parents duk kat kedah. Tapi sekarang ni kan saya stay dekat Shah Alam. So, kiranya orang Shah Alam la.. Hehe.” Tiara balas manja sambil bergurau. Lagi kendur Hariz dibuatnya. Pertama kali melihat Tiara gelak sama ibarat pertama kali dia menerima laptop Alienware daripada bapanya. Gembira tidak terkata.

“Awak kos apa Hariz? Tak pernah tengok pun dekat sini..” Tiara cuba mengajukan soalan. Hairan.
Waaa. Dia tanya soalan kat aku. Pergggh........

“ Saya kos engine. Electronic. Kos biasa-biasa je la..” Hariz merendah.

Kalau boleh, saat itu dia ingin bangun dan berkata, " I love the way you talk, the way you walk, the way you smile, the way you seat, the way you eat....." Pendek kata semua perbuatan Tiara dia jatuh cinta. Tapi dia biarkan kata-kata itu tersekat sekadar di kerongkongnya. Untuk memberitahu semua itu pada saat bersembang semeja buat pertama kali adalah tidak waras. Tambahan pula Ridwan menemaninya. 

Perbualan mereka terganggu apabila Fahmi menghantar mesej pada Hariz. Kunci rumah tertinggal. Kau ada kat mana?
Pundek. Time ni la dia nak buat tertinggal kunci.  Dengan penuh keberatan, Hariz dan Ridwan meminta diri. Dari riak wajah, ternyata Hariz gembira, tapi tak puas. Harapnya lain kali boleh jumpa lagi.

Selepas pertemuan pertama itu, fikiran Hariz meracau. Kacau. Dia tidak boleh fokus. Denyutan-denyutan nadi menderas sehingga dia sendiri kaku, dan akhirnya sekadar membisu. Penangan Syida. Peh. Dia sendiri tidak menyangka kerana seorang perempuan dia boleh jatuh layu begitu rupa. Sebelum ini dia ingat nikotin adalah segala. Humbanlah dia ke ceruk mana, tapi bekalkan dia dengan sekotak nikotin, hiduplah dia. Nikotin merangsang nadinya.

Tapi kini dia akur, dia silap. Perempuan jawabnya. Hariz pejamkan mata. Bayangan Tiara segera hadir. Hariz tersenyum seorang diri.

No comments:

Post a Comment