SINOPSIS MEMOIR PEMIMPI MATI

Asalnya Hariz seperti lelaki normal lain, mencari pengisi kekosongan dalam hati. Di kampus, atas nama takdir dia berkenalan dengan Tiara, cinta pandang pertamanya.

Tapi rupanya wasiat mengatur hidupnya. Menjadi bait-bait pahit yang cuba merubah segalanya dari perancangan hidup yang biasa. Dan wasiat itu juga, menybebabkan dia tersepit di antara sahabat, keluarga dan prinsip.

Dendam. Hormat. Cinta. Puja.

Wednesday, July 27, 2011

BAB 8

"If we deny love that is given to us,
because we fear pain or loss,
Then our lives will be empty, our loss greater."
Anonymous 

"Serius kau?" Mata Hariz berpinar. 

"Serius la. Aku tak main-main. Starbuck, pukul 2 petang. Jangan lambat tau." Ujar Ridwan.

Dunia seketika menjadi berseri. Denyutan jatung makin kencang, deras. Badannya makin berpeluh. Kelangkangnya gatal. Kalau boleh saat itu dia ingin berteriak mengatakan terima kasih dunia. Saat itu dia ingin sujud syukur, tanda terima kasih yang tak terperi kepada pencipta-Nya. Tuhan, dunia terlalu baik untuk aku. Balas Hariz di dalam hati. 
Hariz lantas melihat jam pada tangannya, 12.00 tengahari. Masih ada 2 jam. Masih sempat untuk dia pulang dan mewangikan diri. Bersiap sedia untuk sesuatu yang ditunggunya buat sekian lama. Dia mencapai kunci kereta, lantas keluar dari pintu universiti dan terus memecut laju ke rumahnya.

10 minit sebelum pukul 2 petang, Hariz sudah siap sedia menanti di Starbuck. Pelik. Dia sebenarnya anti fast-food. Dia jenis yang biasa-biasa. Makanan di kedai mamak cukup untuk mengisi ruang kosong di perutnya. Minuman bancuhan warong cukup untuk menghilangkan kecur kekeringan pada kerongkongnya. Tapi hari itu, demi seseorang, dia letak ketepi tabiatnya seketika. Biarlah beratus terpaksa dihabiskan, dia rela. Demi, seorang gadis yang bernama Tiara.

"Hai awak."

Tanpa dia sedar, mata Tiara sudah pun tertangkap matanya. Gelora jiwa mula membara. Ahh, rasa cinta. Nikmatnya melangkaui batasan dunia. Dia reguk liur. Cuba fokus, dan berpijak pada realiti. Membayangi onak-onak gembira pada masa ini, adalah satu kerja gila.

"Oh, hai awak. Awal sampai? " Hariz cuba berbicara. Dia cuba untuk bertutur santun. Perkataan disusun di dalam benak satu persatu dan ditapis sebelum dituturkan. Sementara mata tenang merenung segenap bentuk wajah Tiara. Memerhati, menghayati.

“Duduklah.” Pelawa Hariz.

Tiara memakai t-shir putih dan dipadankan dengan cardigan romp kelabu yang mencecah punggungnya. Jeans kelabu ketat menampakkan susuk pehanya yang gebu. Cantiknya dia.

“Awak tak order lagi ke?” Soal Tiara.

“Err, tak. Saya tak biasa sangat dengan kedai ni. Hee.” Balas Hariz, jujur. Celaka. Malu aku macam ni.
Tiara sekadar gelak kecil. “Jom, saya temankan. Saya rasa saya boleh suggest beberapa menu yang best.” Balas Tiara, sambil menarik tangan Hariz. Buat seketika, Hariz boleh rasakan yang dirinya terapung. Indahnya dunia. Hariz mengikuti Tiara dari tepi.

“Awak nak panas ke sejuk?”

“Erm, panas la.” Balas Hariz.

Tiara memesan dua gelas Caramel Macchiato. Kejadah apa nama pelik sangat tu? Fikir Hariz. Belum sempat Tiara menghulurkan bayaran, Hariz segera menghulurkan sekeping not RM 50 kepada penjaga kaunter. Date pertama. Mana boleh biar awek bayar.

Mereka akhirnya kembali duduk di meja yang disediakan. Hariz merenung. Cuba meredah keindahan ciptaan tuhan. Hariz meneguk minumannya.

Sepi.

Dengan aroma yang menyegarkan serta campuran espresso dan vanilla, itulah minuman yang paling sedap pernah Hariz minum. Selalunya, dia hanya minum kopi atau paling tidak nescafe di kedai mamak. Kali ini, lain. Minum pula bersama Tiara, segalanya indah belaka.

Selama  45 minit mereka disitu, dunia bagaikan syurga. Kiraan saat seolah minit. Kiraan minit seolah jam. Dunia kosong, perlahan. Seolah dalam saat itu, hanya ada mereka berdua. Semua indah gulana. Sebarang masalah dibiarkan di segenap ruang penjuru minda. Buat saat ini, biar hanya aku dan dia, fikir Hariz.

No comments:

Post a Comment