SINOPSIS MEMOIR PEMIMPI MATI

Asalnya Hariz seperti lelaki normal lain, mencari pengisi kekosongan dalam hati. Di kampus, atas nama takdir dia berkenalan dengan Tiara, cinta pandang pertamanya.

Tapi rupanya wasiat mengatur hidupnya. Menjadi bait-bait pahit yang cuba merubah segalanya dari perancangan hidup yang biasa. Dan wasiat itu juga, menybebabkan dia tersepit di antara sahabat, keluarga dan prinsip.

Dendam. Hormat. Cinta. Puja.

Wednesday, July 27, 2011

BAB 7

"To fear love is to fear life,and those who fear life are
already three parts dead."
Bertrand Russell

" Wan, kau rasa aku ada can tak? " Soal Hariz.

Ridwan masih membisu. Tangan kanannya masih erat memegang pensil. Matannya meliar dari atas bawah memerhatikan kertas. Bibir terkumat kamit. Sesekali tangan kirinya menekan-nekan butang kalkulator. Sial kau algebra.

Selepas beberapa ketika, Ridwan berhenti. Dia membetulkan kerusinya. Kali ini betul-betul menghadap Hariz yang sedang berbaring di atas katil. 

" Aku rasa ada can kot. Sebab hari tu, dia ada tanya pasal kau. Aku jawab sikit-sikit je. Biar dia fikir kau tak berminat sangat. " Selamba jawab Ridwan sambil diiringi dengan gelak nakal.

" Sirius? Kau jangan sampai dia tak berminat pulak wei. " Nada Hariz sedikit tegas. Dia mencapai kotak rokok di sebelah bantalnya. Dikeluarkan sebatang, nyala, dan terus tarik dalam-dalam. Seketika kemudian, kepul asap-asap rokok hadir dan akhirnya hilang dalam atmosfera malam.

" Jangan bimbang la Riz, aku pandai la cover..." 

" Ermm, nanti kalau kau jumpa dia, cakap aku nak ajak dia minum boleh? " Muka Hariz penuh seri. 

" Haa, tu diaaa. Dah start dah! " Ridwan mula mengusik.

" Sirius la ni Wan, boleh tak? " 

" Haha. Ya ya, boleh Riz. Next time aku jumpa dia aku bagitahu ya." 

Hariz masih lagi khayal dalam lamunan malam. Kadang-kadang, dia bermain-main dengan asap. Sambil itu mindanya terapung. Saat mengorat, bercinta. Manis semuanya. Dia sedar akan hakikat itu, biarlah. Biarlah dia juga merasai nikmatnya. Selama ini dia hanya melihat Fahmi yang terapung dalam kenikmatan itu. Ingin juga dia merasa.

Kadang-kadang dia cuba memikirkan strategi untuk memikat Tiara. Dia sedar, cinta juga ibarat perang. Perlu ada strategi bagai. Baru boleh menang. Tiara bukan gadis biasa-biasa. Mengorat gaya lama, tak kena cara hanya akan menghancurkan sisa baki peluang.

Hariz menggaru kepalanya yang gatal.  Sedut, hembus. Sedut, hembus.

Saat dia habiskan sebatang rokoknya, Fahmi baru sahaja pulang. Pastinya pulang daripada dating bersama Syida. Hariz sekadar mengetahui nama Syida. Itu pun selepas Fahmi tidak jemu-jemu bercerita kepadanya. Dia tidak kenal Syida. Langsung tidak pernah melihat Syida. Dari apa yang Fahmi cerita, pasti Syida seorang yang cantik. Manis, berpewatakan. Tapi dia sedar, kalau dah awek, kentut pun bau bvlgari.

“ Lambat pulang Mi? ” Soal Hariz.

“Aku tolong Syida buat assignment jap tadi.” Jawab Fahmi seraya terus berlalu meninggalkan Hariz. Fahmi memang begitu, lebih suka menyendiri. Hariz dan Ridwan sudah sedia maklum akan perkara ini.
Tanpa menghiraukan Fahmi, Hariz berbaring di atas katilnya. Senyum. Akhirnya terlelap.

No comments:

Post a Comment