"The first time I saw you I knew it was true.
That I'd love you forever and that's what I'll do."
Anonymous
" Betul ke dia selalu lalu sini?" Ridwan genyeh mata. Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. Matanya masih berat. Kuyu. Pagi ini dia bebas, kelas batal.
"Betul. Dah 2 3 kali aku nampak tau. Hari tu masa aku hantar kau pun kat sini jugak dia lalu."
Ridwan mengangguk. Dia cuba mengagak, siapa gadis yang dimaksudkan Hariz. Tak tercapai akalnya.
"Ala..Jangan bimbang, breakfast aku belanja ye. Restoran kegemaran kau." Sambung Hariz. Matanya masih meliar. Ridwan mula bersemangat. Tangannya menggosok perut. Rezeki. Dia reguk liur. Mindanya mula terbayang nasi lemak Restoran Cinta Sayang.
Pagi itu cuaca sedap-sedap. Mentari mula kelihatan gah di awangan. Bunyi burung berkicauan kadang-kadang menggamitkan perasaan. Hariz genyeh mata. Matanya juga masih layu sebenarnya. Tapi biarlah, hanya ada hari ini. Sesekali dilihat, mereka bagai private investigator. Memerhati setiap geri pelajar dari dalam kereta. Padahal, hanya seorang yang dinanti. Masih tiada kelibat diri, belum menghadirkan diri.
Selepas menghantar Ridwan ke fakulti tempoh hari, mata Hariz terpaku melihat seorang gadis. Sejak hari itu juga, dia tidak henti-henti cuba mencari gadis itu. Jantungnya menderas tiap kali kelibat gadis itu di depan matanya. Kaku. Tidak dapat berbuat apa-apa, dan akhirnya gadis itu berlalu lalu hilang dari kesedapan mata memandang. Menyesal sumpah seranah Hariz di dalam hati.
Hariz kaku. Dia reguk liur. " Haa, tu, tu. Yang pakai baju merah tu Wan." Tangan kiri Hariz menyiku bahu Ridwan manakala tangan kanannya menunjuk kearah seorang gadis. Ridwan tersedar. Bayangan nasi lemak serta merta hilang dari pandangannya. Kini matanya melilau mencari gadis berbaju merah. Matanya tertangkap ke arah seorang gadis. Berbaju merah, seluar jeans. Penampilan yang ringkas. Matanya dikecilkan. Fokus.
" OO. Aku rasa aku kenal ni. Nanti aku cuba tanya kawan aku."
" Cantik. Kau lah sahabat aku Wan. " Muka Hariz berseri. Penuh semangat. Matanya yang tadi layu kini segar bugar.
“ Lawa Wan. Cair aku dibuatnya.. “ Sambung Hariz. Matanya masih melekat terhadap gadis itu. Menghayati, dan mengagumi setiap gerak gerinya. Jantungnya masih deras. Akhirnya, gadis itu lenyap dalam gerombolan pelajar. Cis. Desis Hariz.
" Dah, dah. Sekarang ni jom kita pi pekena nasi lemak. Aku dah lapar ni. Awek tadi tu, tunggu aku tanya kawan aku ya."
Hariz mengangguk. Dia menghidupkan enjin kereta lantas terus memandu ke arah Restoran Cinta Sayang. Semenjak daripada hari pertama dia mengenali Ridwan, restoran itulah yang sering mereka lepak bersama. Kadang-kadang naik mual juga Hariz makan makanan yang sama untuk satu tempoh yang lama. Tapi dia pendam. Bimbang sahabatnya itu terasa hati.
Tapi sejak 2 3 minggu, dia sudah lama tidak pergi ke restoran itu. Masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri. Terbayang akan menu yang sudah lama tidak dijamah, kecur liur juga Hariz dibuatnya.
SINOPSIS MEMOIR PEMIMPI MATI
Asalnya Hariz seperti lelaki normal lain, mencari pengisi kekosongan dalam hati. Di kampus, atas nama takdir dia berkenalan dengan Tiara, cinta pandang pertamanya.
Tapi rupanya wasiat mengatur hidupnya. Menjadi bait-bait pahit yang cuba merubah segalanya dari perancangan hidup yang biasa. Dan wasiat itu juga, menybebabkan dia tersepit di antara sahabat, keluarga dan prinsip.
Dendam. Hormat. Cinta. Puja.
Showing posts with label memoir. Show all posts
Showing posts with label memoir. Show all posts
Tuesday, July 26, 2011
BAB 4
"All you need is love."
John Lennon & Paul McCartney
Selesai menghantar Ridwan, Hariz tangkas menuju ke kedai Percetakan Bestari.
“ Hariz, macam biasa ya. Tolong buatkan copy untuk satu kelas.” Ujar Miss Aiza sambil menghulurkan 3 buah nota yang tebalnya hampir 300 helai satu. Hariz hanya mengangguk. Entah kenapa, dia sering disuruh Miss Aiza untuk membuat copy. Sedangkan dia bukanlah class rep. Dia lebih selesa menjadi pelajar biasa. Malas hendak berbakti pada kelas, bukan ada sesiap yang hendak memuji.
Mungkin sebab dia selaku pelajar kegemaran Miss Aiza. Tapi markah kuiz dan test-nya tidaklah begitu memberangsangkan. Ah, biarlah. Kurang-kurang waktu hendak test atau kuiz, dia sering mendapat hint daripada Miss Aiza.
Monolog di dalam kepala hari terhenti saat dia sampai betul-betul di hadapan kedai Percetakan Bestari.
“ Semua sekali RM 124.50 ya.” Ujar penjaga kaunter sambil menghulurkan satu kotak penuh berisi kertas, nota communication engineering.
Tangan Hariz dengan segera menghulurkan 3 keping not RM 50. Sementara penjaga kaunter memulangkan bagi, matanya mencari-cari hiburan untuk ditatapi. Ada beberapa keratan akhbar ditampal di dinding.
Bahaya Ais. Kerling. Kehebatan Dr Jism. Kerling. Mind Power. Kerling. Tiada yang menarik perhatiannya. Semua hanyalah mitos dan fakta yang cliche.
“ Ini dia bakinya bang.” Penjaga kaunter menghulurkan saki baki wang. Hariz tukar fokus. Matanya mencari mata penjaga kaunter. Saat itu, mata Hariz tertangkap sekeping gambar passport yang ditampal di atas meja penjaga kaunter.
Kau! Hariz menjerit di dalam hati.
“Err, bang. Boleh tanya tak. Ni siapa ni?” Jari telunjuk Hariz menunjuk pada gambar passport tersebut. Tak kira muda atau tua, hanya bang panggilan yang akan digunakan Hariz tiap kali berurusan dengan lelaki penjaga kaunter.
“ Entahlah bang, saya pun tak tahu. Dia tercicir hari tu. Abang kenal ke dia?”
“ Tak kenal. Hehe. Oklah kalau macam tu. Terima kasih ya.” Hariz mengangkat tangan seraya keluar dari kedai tersebut. Hatinya membunga. Entah. Bukannya dia tahu siapa nama, bukannya dia tahu siapa empunya. Tapi yang penting, hatinya membunga.
Dia masuk ke dalam kereta lantas terus menuju ke rumah sewanya.
Sampai di rumah, kereta Volkswagen Golf Fahmi tidak kelihatan. Dating lagi mamat ni. Jeles betul aku. Dia masuk lantas terus masuk ke dalam rumah membersihkan diri.
Selesai semua, dengan hanya seluar pendek, dia merebahkan dirinya ke atas sofa di ruang tamu. Nafas-nafas yang tenang dihembuskan. Kaki disilangkan. Kepalanya cuba merayau jauh kepada peristiwa tadi. Senyuman yang lain macam mula kelihatan. Sayang, tiada sahabatnya untuk dikongsi pada waktu itu. Dia sekadar bermonolog di dalam hati. Meracau seorang diri.
Dia kerling jam, ah. Baru 11.00 pagi. Ridwan balik dalam pukul 2 petang. Lambat lagi. Dalam kesedapan atmosfera dirinya itu, dia cuba berfikir sedalam-dalam. Aku kena cari. Ya, aku akan cari. He he he.
Subscribe to:
Posts (Atom)